Harga rumah mahal, penduduk Sepanyol lancar protes

4 Oct 2026 • 4:28 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Harga rumah mahal, penduduk Sepanyol lancar protes

MADRID – Puluhan ribu penunjuk perasaan berarak di Madrid dan bandar-bandar lain di Sepanyol kelmarin bagi menuntut perumahan mampu milik, sehari selepas ahli parlimen menolak langkah bantuan untuk penyewa.

Demonstrasi tersebut memanjangkan krisis yang telah berlarutan selama lebih seminggu, dicetuskan oleh pengusiran seorang pesara berusia 87 tahun, Maricarmen Abascal, dari pangsapurnya di Madrid pada bulan lalu.

Kegagalan meluluskan rang undang-undang berkenaan menjadi tamparan politik terbaharu buat Perdana Menteri Sosialis, Pedro Sanchez, sekali gus mencetuskan persoalan berhubung keupayaan kerajaan minoriti beliau untuk bertahan sehingga Pilihan Raya Umum 2027. 

Cadangan langkah kerajaan beliau, yang merangkumi pembaharuan automatik kontrak sewaan dan sekatan ke atas pengusiran penyewa yang terdedah kepada risiko, telah ditolak oleh parti pembangkang pada Jumaat lalu di Parlimen Sepanyol.

Keputusan itu membakar kemarahan mereka yang memprotes pasaran perumahan negara itu yang semakin mahal.

Ratusan penunjuk perasaan kini menduduki khemah perkhemahan yang didirikan seminggu lalu di pusat bandar Madrid bagi mendesak reformasi dilaksanakan.

Pihak berkuasa menyatakan 70,000 orang mengambil bahagian, namun penganjur menganggarkan jumlah tersebut mencecah 500,000 orang.

Demonstrasi dalam skala lebih kecil turut berlaku di bandar-bandar lain, termasuk Palma de Mallorca, Santander, Segovia dan Toledo. 

Menurut media tempatan, di Valencia, lima orang ditangkap selepas berlaku pertempuran dengan pihak polis, menurut laporan media tempatan.

Isu perumahan menjadi beban utama rakyat Sepanyol sejak bertahun-tahun berikutan jurang penawaran dan permintaan yang kritikal. 

Menurut portal hartanah Idealista, purata kadar sewa di Sepanyol meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh satu dekad lalu, manakala harga jualan rumah melonjak kira-kira 90 peratus. – AFP

The post Harga rumah mahal, penduduk Sepanyol lancar protes appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved