Harga runcit petrol RON97 turun 20 sen, RON95 & diesel kekal

14 Dec 2022 • 8:34 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 turun 20 sen kepada RM3.55 seliter berbanding RM3.75 seliter manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal tidak berubah bagi tempoh bermula esok hingga 21 Dis ini.

Kementerian Kewangan, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel.

Menurutnya, harga pasaran kedua-dua produk itu meningkat melebhi 10 sen seliter berbanding had harga siling yang ditetapkan.

Kementerian itu memaklumkan harga produk petroleum secara mingguan ditentukan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved