Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 3 Hingga 9 April

LocalBusiness & Finance
2 Apr 2025 • 6:27 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 3 Hingga 9 April

Kerajaan telah menetapkan harga runcit petrol RON97 pada RM3.33 seliter bagi tempoh 3 hingga 9 April 2025.

Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, kenaikan sebanyak 5 sen ini selari dengan peningkatan harga pasaran minyak dunia.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” maklum Kementerian Kewangan.

Sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh tersebut adalah ditetapkan seperti berikut:

(i) harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM3.28 seliter kepada RM3.33 seliter;

(ii) harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter;

(iii) harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM3.03; dan

(iv) harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

“Kerajaan akan terus mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” tambah Kementerian Kewangan.