Minggu Raya: RON97 Naik 5 Sen, Yang Lain Kekal!

LocalBusiness & Finance
2 Apr 2025 • 5:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sempena minggu raya, harga petrol RON97 naik 5 sen kepada RM3.33 seliter bermula esok hingga 9 April 2025.

Kementerian Kewangan berkata, kenaikan harga RON97 itu adalah seiring dengan peningkatan harga pasaran minyak dunia.

image is not available

“Bagaimanapun, harga bahan api lain seperti petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, harga runcit diesel di semenanjung Malaysia kekal pada paras RM3.03 seliter.

“Manakala, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak serta Labuan juga kekal pada kadar RM2.15 seliter,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved