Harga Runcit RON97, Diesel Naik 6 Sen

LocalBusiness & Finance
29 Oct 2025 • 6:17 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Harga Runcit RON97, Diesel Naik 6 Sen

Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan pelarasan harga runcit bahan api bagi tempoh 30 Oktober hingga 5 November 2025, selaras dengan peningkatan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Dalam kenyataan rasmi, kementerian memaklumkan bahawa harga runcit petrol RON97 dinaikkan sebanyak 6 sen kepada RM3.20 seliter. Manakala, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turut meningkat 6 sen kepada RM2.95 seliter.

Sementara itu, harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi kekal pada RM2.60 seliter, dan harga petrol bersubsidi RON95 di bawah program BUDI95 juga kekal pada RM1.99 seliter.

Bagi pengguna di Sabah, Sarawak dan Labuan, harga diesel kekal tidak berubah pada RM2.15 seliter.

Kementerian menjelaskan, penetapan harga runcit produk petroleum dibuat secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism.

“Kerajaan akan terus meneliti dan melaras harga runcit RON97 dan diesel berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa, namun keutamaan tetap diberikan kepada kestabilan harga.

“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” jelas kenyataan itu.

image is not available
Gambar: Kementerian Kewangan