Samsung menaikkan harga jualan telefon pintar Samsung Galaxy S26, Galaxy S26+ dan Galaxy S26 Ultra di pasaran Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Eropah dan India bermula hari ini. Peningkatan harga dilakukan berikuta harga RAM yang turut meningkat tahun ini disebabkan oleh permintaan pusat data. Harga jualan Galaxy S26 FE masih lagi belum dikemas kini di seluruh dunia.

Di Amerika Syarikat misalnya, harga jualan kesemua model tiga peranti di atas meningkat $100 berbanding harga jualan asal awal tahun ini. Tinjauan kami ke laman Samsung Malaysia menujukan harga ketiga-tiga model belum lagi dinaikkan semasa artikel ditulis.
Samsung Malaysia sedang menawarkan promosi dengan potongan harga pada waktu ini. Berikut ialah harga jualan rasmi di Malaysia. Sekarang mungkin masa terbaik membelinya sebelum harga diseleraskan seperti di Amerika, UK, Eropah, Kanada dan India.
| Harga Jualan (RM) | Harga Promosi (RM) | |
| Samsung Galaxy S26 (12/256GB) | 4399 | 3999 |
| Samsung Galaxy S26 (12/512GB) | 5199 | 4899 |
| Samsung Galaxy S26+ (12/256GB) | 5399 | 5099 |
| Samsung Galaxy S26+ (12/512GB) | 6199 | 5599 |
| Samsung Galaxy S26 Ultra (12/256GB) | 5999 | 4799 |
| Samsung Galaxy S26 Ultra (12/512B) | 6799 | 5599 |
| Samsung Galaxy S26 Ultra (16/1000B) | 7999 | 7199 |
Tetapi Samsung Malaysia telah menaikkan harga jualan Galaxy A57, Galaxy A37, Galaxy A07 dan Galaxy A17 sejak Julai tahun ini.






