
Seperti pesaing mereka, Huawei menaikkan harga telefon pintar lagi kerana kos RAM dan storan yang meningkat di peringkat global sejak tahun lalu. Ketua perniagaan konsumer Huawei, Richard Yu, berkata kos pengeluaran telefon syarikat itu telah meningkat sekitar $200 seunit secara purata.

Walaupun harga peranti mereka meningkat, Yu percaya situasi ini memberi kelebihan kepada pengeluar telefon premium seperti mereka kerana model telefon mampu milik semakin sukar dijual dengan keuntungan yang mencukupi. Huawei melancarkan siri Mate 90 di China semalam dengan kesemua model mencatatkan peningkatan harga berbanding siri Mate 80.
Di Malaysia Samsung telah mula mengemaskini harga beberapa peranti keluaran mereka menjadi lebih mahal berbanding semasa dilancarkan. Apple yang nampaknya masih cuba mengekalkan harga iPhone sama seperti tahun lalu kecuali pada model dengan storan paling besar tetapi menaikkan harga peranti lain dengan mendadak.
Krisis RAM memaksa CMF dan ASUS untuk tidak menawarkan model baharu tahun ini. Sementara itu Nothing pula menjual peranti dengan varian RAM dan storan kecil untuk mengekalkan harga. Situasi kekurangan RAM hanya diramalkan reda menjelang 2028. Sementara itu harga peranti yang memerlukan RAM dan storan akan terus meningkat.
Sumber – Bloomberg






