Harga Sony PlayStation 5 Meningkat Pada 1 Mei – Kini Bermula RM 2499

LocalTechnology
27 Apr 2026 • 10:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Harga jualan konsol PlayStation 5 baharu untuk pasaran Malaysia akhirnya diumumkan oleh pihak Sony selepas harganya di Jepun, UK dan Amerika Syarikat mula dinaikkan awal bulan ini. Harga RAM dan storan yang meningkat mendadak disebabkan permintaan tinggi pusat data kecerdasan buatan (AI) menyebabkan harga dinaikkan lima tahun selepa dilancarkan dan bukannya semakin murah seperti lazimnya.

image is not available

Harga jualan Sony PlayStation 5 di Malaysia adalah seperti di bawah.

ModelHarga LamaHarga BaharuPerbezaan Harga
PlayStation 5 Digital EditionRM 2069RM 2499RM 400
PlayStation 5 Standard
RM 2499RM 2799RM 300
PlayStation 5 ProRM 3849RM 3999RM 150
PlayStation PortalRM 999RM 1099RM 100

Harga jualan di Malaysia ialah setanding dengan harga jualan di UK tetapi lebih mahal berbanding Amerika Syarikat dan Jepun. Harga jualan di Jepun memang lebih rendah kerana ia negara asal Sony serta pasaran terbesar konsol PlayStation.

Peningkatan harga PS5 juga selari dengan peningkatan harga telefon pintar yang dijual di Malaysia sejak awal tahun ini. Krisis RAM hanya dijangka selesai seawal 2028 kerana masih terdapat banyak pusat data AI mega akan dibina tahun ini serta tahun depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved