Harga Tiket Ke Sabah Cekik Darah, Bung Moktar Tegur Syarikat Penerbangan

6 Mar 2024 • 2:43 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Harga sehala cecah hingga ribuan ringgit

Harga Tiket Ke Sabah Cekik Darah, Bung Moktar Tegur Syarikat Penerbangan. Isu harga tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak bukanlah perkara baru yang timbul dalam kalangan rakyat Malaysia.

Isu ini kembali mendapat perhatian apabila Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengutarakan kebimbangan beliau mengenai harga tiket yang melampau tinggi, terutamanya ke Sabah.

image is not available
Harga Tiket Ke Sabah Cekik Darah, Bung Moktar Tegur Syarikat Penerbangan

Beliau baru-baru ini meminta Kementerian Pengangkutan untuk memantau secara teliti harga tiket penerbangan ke Sabah yang dikatakan mencecah ribuan ringgit.

Bung Moktar Radin turut menyebutkan bahawa harga tiket sehala ke Sabah mencapai sehingga RM 3800 semasa persidangan Dewan Rakyat.

“Saya juga ingin menegur sama ada pihak MAS atau AirAsia kah penerbangan one way tiket hari ini MAS pergi Sabah RM3800, ini mencengkam darah nama dia,” ujar Bung Moktar Radin.

Peningkatan mendadak dalam harga tiket penerbangan tidak hanya memberi kesan negatif terhadap pengguna, tetapi juga dapat memberi kesan kepada sektor pelancongan dan ekonomi tempatan.

“AirAsia pula pun sama, saya minta Kementerian pengangkutan lihat perkara ini secara lebih serius jangan biar rakyat Sabah ada di sini berulang alik menderita” tambahnya.

Baca lagi artikel menarik: