Pesta Percutian Traveloka tawar diskaun hingga RM2,800 termasuk tiket penerbangan percuma ke Maldives, Korea Selatan dan Vietnam
zulfadli
06/03/2024 - 15:20
KUALA LUMPUR 6 Mac - Traveloka menganjurkan Pesta Percutian Traveloka yang berlangsung dari 28 Februari hingga 31 Mac 2024 dengan menawarkan pelanggan tiga cara mudah menjanjikan diskaun eksklusif dalam talian dan jualan kilat bagi penerbangan, hotel dan aktiviti pelancongan dengan lebih penjimatan.
Platform itu berkata, jualan kilat dalam talian akan bermula pada 29 Februari dan seterusnya akan berlangsung pada setiap Jumaat hingga Ahad bermula 8 Mac.
Semasa tempoh tersebut katanya, pelanggan juga akan berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik antaranya, tiket penerbangan percuma ke Maldives, Korea Selatan dan Vietnam hingga penginapan percuma di hotel 5 bintang.
Ketua Pegawai Eksekutif Pengangkutan Traveloka, Iko Putera berkata, dengan menyediakan pelanggan tiga cara mudah untuk mengakses diskaun eksklusif dan menawarkan mereka dengan produk serta promosi komprehensif, ia merupakan cara terbaik untuk memulakan percutian.
"Di Pesta Percutian Traveloka, pelanggan boleh merasai pengalaman percutian yang lancar dan komprehensif dan pada masa yang sama membuat perancangan awal bagi percutian mereka yang seterusnya," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.
Menurut kenyataan itu, diskaun penerbangan dan hotel juga boleh didapati melalui laman web dan aplikasi Traveloka.
Katanya, pelanggan boleh mendapatkan kupon diskaun sehingga potongan RM338 untuk penerbangan serta sehingga potongan RM40 untuk hotel dan aktiviti pelancongan.

"Terdapat juga peluang untuk mendapatkan tambang istimewa daripada pelbagai rakan kongsi syarikat penerbangan yang tersedia di Traveloka," katanya.
Sementara itu katanya, menerusi data Traveloka, Seoul, Tokyo dan Bangkok muncul sebagai tiga destinasi antarabangsa pilihan teratas yang digemari pelancong di Malaysia.
"Sehubungan itu, sepanjang kempen Pesta Percutian Traveloka, pelanggan berpeluang untuk merancang percutian akan datang dengan tawaran hebat tiket penerbangan pergi balik ke Seoul dari RM1,100 dan penginapan lima malam di hotel 4-bintang di Seoul dari RM2,090," katanya.
Katanya, Traveloka juga akan membuka tapak gerai luar talian bagi mereka yang inginkan lebih tawaran hebat dan penjimatan tambang penerbangan.
Pelanggan boleh mengunjungi tapak gerai Traveloka di Aras 1 (Promenade), pusat beli-belah 1 Utama dari 6 hingga 10 Mac 2024 untuk mendapatkan kupon dalam talian eksklusif, tawaran istimewa pelbagai syarikat penerbangan dan hotel, selain promosi hebat serta peluang untuk memenangi tiket penerbangan ke Korea Selatan dan Vietnam. - DagangNews.com


