Kerjasama kerajaan, NGO perjelaskan gagasan Malaysia Madani, SMJ

27 Aug 2023 • 6:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Kerjasama antara kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) perlu diteruskan dalam memberi penjelasan kepada rakyat berkaitan Gagasan Malaysia Madani serta Konsep Sabah Maju Jaya (SMJ) yang terkandung dalam Pelan Pembangunan SMJ.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata misalnya, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) yang aktif dalam pelbagai bidang khususnya dakwah, sosial serta kerja amal, sejak dahulu lagi konsisten dengan tanggungjawab dalam membantu kerajaan memelihara keharmonian dan meningkatkan kesejahteraan penduduk.

"Hal ini antara sebab saya menyarankan agar Usia mengadakan kerjasama atau kolaborasi dengan Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (TSKN) (Tugas-Tugas Khas) untuk mengadakan forum bagi memberi penjelasan mengenai Gagasan Malaysia Madani dan dasar SMJ, kerjasama dan kolaborasi seperti ini harus diteruskan.

"Kerjasama diadakan ini bukan hanya antara Usia dan Pejabat TSKN (Tugas-Tugas Khas) sahaja, bahkan antara kementerian atau jabatan lain bersama mana-mana NGO demi kebaikan dan kepentingan masyarakat serta rakyat,” katanya.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penangguhan Forum Malaysia Madani: Keharmonian Dalam Kepelbagaian dan Pelaksanaan Warm2Care Zon Tawau serta upacara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara USIA dan Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (Ikdar) di sini hari ini.