Hargai nikmat keamanan, Nga Kor Ming gesa tindakan tegas terhadap provokasi agama

LocalPolitics
11 Mar 2026 • 10:08 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang sengaja mencetuskan provokasi melampau dengan memainkan sentimen agama.

Tindakan tegas terhadap provokasi agama

image is not available

Memetik laporan Berita RTM, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menegaskan kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat keharmonian negara demi kepentingan tertentu.

Menurut beliau, konflik yang sedang berlaku di peringkat global seharusnya menjadi peringatan kepada rakyat Malaysia bahawa keamanan dan kestabilan yang dikecapi ketika ini merupakan nikmat yang amat berharga.

‘Tindakan tegas wajib diambil terhadap individu yang sengaja menghina agama, termasuk perbuatan biadab memijak kitab suci al-Quran, menghina simbol kesucian agama Hindu, serta pelbagai bentuk provokasi lain.
“Ketika dunia berdepan konflik dan ketegangan, keharmonian serta perpaduan adalah nikmat yang sangat besar untuk dihargai. Justeru, kita tidak akan membiarkan sesiapa sahaja memporak-perandakan keharmonian ini,” katanya pada Program Sentuhan Kasih Ramadan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Putrajaya, semalam.
image is not available

Deputy Speaker Nga Kor Ming

Dalam pada itu, Kor Ming memaklumkan isu berkenaan akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bagi memastikan keamanan negara terus terpelihara daripada sebarang ancaman ekstremisme.

Artikel lain: Mahu bina rumah ibadat? Mohon kebenaran merancang dahulu -Nga Kor Ming

Pada majlis sama, beliau bersama barisan pengurusan tertinggi kementerian turut menyempurnakan penyampaian sumbangan Aidilfitri berupa wang tunai dan bakul bantuan kepada 108 warga KPKT yang memerlukan.

Program tersebut merupakan inisiatif Badan Kebajikan dan Sukan KPKT (KESKEP) dengan kerjasama PUSPANITA bagi membantu meringankan beban kakitangan membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Selain itu, program berkenaan turut diisi dengan sesi tadabbur dan tadarus al-Quran, pengisian kerohanian serta penyampaian hadiah bagi Pertandingan Dekorasi Ramadan KPKT 1447H.

Sumber: Berita RTM