Hargai perpaduan, elak perpecahan demi keharmonian bersama

12 Sep 2026 • 5:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Hargai perpaduan, elak perpecahan demi keharmonian bersama
Seramai 300 penduduk kampung daripada pelbagai peringkat usia menyemarakkan Program Fun Run Merdeka 2026 (Tertutup) Kampung Paya Lima Amas, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal di Kuala Terengganu pada Sabtu.
Image from: Hargai perpaduan, elak perpecahan demi keharmonian bersama
Seramai 300 penduduk kampung daripada pelbagai peringkat usia menyemarakkan Program Fun Run Merdeka 2026 (Tertutup) Kampung Paya Lima Amas, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal di Kuala Terengganu pada Sabtu.
Image from: Hargai perpaduan, elak perpecahan demi keharmonian bersama
Zaharudin (tengah) merakam gambar sempena Program Fun Run Merdeka 2026 (Tertutup) Kampung Paya Lima Amas, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal, di Kuala Terengganu pada Sabtu.

​KUALA NERUS - Keharmonian dan keamanan yang dinikmati hari ini berisiko musnah serta menjerumuskan negara ke kancah kekacauan sekiranya nilai perpaduan mula diabaikan.

​Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Paya Lima Amas, Ibrahim Harun berkata, aspek perpaduan merupakan elemen paling penting bagi mengelak ancaman perpecahan.

​"Sekiranya perpaduan ini diabaikan oleh rakyat Malaysia, hal ini akan menjerumuskan negara ke kancah kekacauan dan perpecahan.

​"Perpaduan tidak boleh kita biarkan dan mesti dipertahankan," katanya ketika merasmikan Program Fun Run Merdeka 2026 (Tertutup) Kampung Paya Lima Amas, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal di sini pada Sabtu.

**media[3645144]**

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Zaharudin Zahid.

​Program anjuran JPKK Kampung Paya Lima Amas yang bermula jam 7.30 pagi itu menjadi bukti keharmonian komuniti setempat apabila berjaya mengumpulkan lebih 300 penduduk tanpa mengira latar belakang politik dan usia.

​Program yang menyajikan hadiah bernilai RM5,000 itu turut diserikan dengan pendedahan aspek keselamatan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta khidmat pemeriksaan kesihatan percuma tajaan Klinik AHLAN (Seberang Takir).

**media[3645145]**

Seorang ​penduduk, Mohd Nasrul Hadi, 39 berkata, pendekatan dengan pengisian ilmu keselamatan dan kesihatan dalam aktiviti sukan komuniti adalah langkah yang sangat praktikal.

​"Program ini amat menyeronokkan selain dapat menyihatkan badan dan mendapat banyak maklumat berguna daripada pihak APM tentang keselamatan diri dan keluarga," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved