Hari Belia Negara 2026: Sambutan Peringkat Kebangsaan / Negeri

Local
24 May 2026 • 10:46 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Hari Belia Negara 2026 kini kembali lagi! Hari istimewa yang disambut 15 Mei setiap tahun ini merupakan pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan golongan belia kepada pembangunan negara.

Penganjuran HBS pada tahun ini dijangka mampu memperkukuh potensi modal insan belia sebagai pemacu pembangunan strategik negara dan memperluaskan akses belia sesuai dengan kerangka Malaysia Madani dan Model Pembangunan Belia Madani 2030.

hari belia negara 2026
hari belia negara 2026

Hari Belia Negara 2026

Sambutan Hari Belia Negara disambut setiap tahun pada 15 Mei sebagai pengiktirafan oleh kerajaan terhadap peranan dan sumbangan belia dalam pembangunan negara.

HBN adalah pengiktirafan dan penghargaan khusus diberikan kerajaan buat golongan belia yang turut memainkan peranan secara signifikan dalam arus perdana pembangunan negara.

Untuk pengetahuan, sambutan hari untuk beliau ini yang pertama dilaksanakan pada tahun 1964 telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putera al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama merangkap Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sejak itu, sambutan hari tersebut telah diadakan setiap tahun dengan pelbagai pengisian program dan aktiviti di seluruh negar

Image from: Hari Belia Negara 2026: Sambutan Peringkat Kebangsaan / Negeri

Siapakah Golongan Belia & Had Umur Yang Ditetapkan Di Malaysia

Buat masa ini, di Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah bersepakat mendefinisikan umur belia adalah 15 hingga 40 tahun selepas Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Akta 688) diperkenalkan

Namun, tahukah anda bahawa had umur 30 tahun bagi belia di Malaysia akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

Penurunan had umur berkenaan sejajar dengan Dasar Belia Malaysia dan takrifan umur belia di negara lain yang meletakkan had umur belia di bawah 30 tahun.

Sebagai contoh Indonesia 16-30 tahun, Filipina 15-30 tahun, Thailand 15-24 tahun, Korea 9-24 tahun, Australia 12-24 tahun.

Tarikh & Tema Sambutan Hari Belia Negara 2026

Untuk tahun 2026, sambutan di peringkat kebangsaan akan berlangsung pada 15-17 Mei 2026 dengan mengangkat tema “Menggerak Belia”.

Sambutan di peringkat negeri pula telah berjalan serentak di seluruh negara di negeri dan daerah dalam tempoh tersebut.

SENARAI SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI 2026

PERLIS
Dataran Lok 9
Kuala Perlis, Perlis
22–24 Mei 2026

KEDAH
Dataran Star Walk
Alor Setar, Kedah
22–23 Mei 2026

WP KUALA LUMPUR
Piazza, Level 3, Pavilion Bukit Jalil
22–24 Mei 2026

KELANTAN
Aeon Mall Kota Bharu
Kota Bharu
22–23 Mei 2026

JOHOR
Stadium Tertutp Arena Larkin
Johor Bahru
12-14 Jun 2026

NEGERI SEMBILAN
D’Tempat & X Park
Sendayan, Negeri Sembilan
15-17 Mei 2026

SARAWAK
Redeems Centre
Singai Bau, Sarawak
22–23 Mei 2026

WP LABUAN
Ujana Kewangan Labuan
13–14 Jun 2026

TERENGGANU
Telemong, Hulu Terengganu
19-20 Jun 2026

SABAH
Kompleks Sukan Tawau
10-12 Jun 2026

PERAK
Kompleks Belia dan Sukan
Negeri Perak, Ipoh
6-7 Jun 2026

PULAU PINANG
Universiti Teknologi Mara Permatang Pauh
13-14 Jun 2026

SELANGOR
Dataran Kemerdekaan Shah Alam / Kuala Langat
13-14 Jun 2026 @ 20 Jun 2026

MELAKA
Kompleks Air Panas Gedek
Alor Gajah, Melaka
27-28 Jun 2026

TERENGGANU
Kompleks Belia dan Sukan
Negeri Pahang, Kuantan
11-12 Jun 2026

Senarai Aktiviti & Acara Hari Belia Negara 2026 – Peringkat Kebangsaan

Antara aktiviti pengisian termasuk Konvensyen Belia Kebangsaan, Ikrar Belia Malaysia dan pelbagai aktiviti lain.

Image from: Hari Belia Negara 2026: Sambutan Peringkat Kebangsaan / Negeri
Image from: Hari Belia Negara 2026: Sambutan Peringkat Kebangsaan / Negeri

Sumber: Kementerian Belia dan Sukan

View Original Article