

SHAH ALAM: Hari Cinta Al-Quds akan diadakan pada esok 15 April, Sabtu ini di Esplanad Park, Eco Grandeur, Puncak Alam sebagai anda sokongan kepada perjuangan ke arah pembebasan Palestin.
Menurut Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid (Cikgu Azmi), perhimpunan ini diadakan bersama umat Islam bagi menyatakan rasa cinta dan prihatin kepada Masjid Al-Aqsa yang sering dan sedang diserang rejim zionis.
HARI CINTA AL-AQSA
Tarikh: 15/4/2023 (Sabtu)
Tempat: Esplanad park, Eco Grandeur, Puncak Alam
Masa: 5 petang – 11 malamSama-sama lah kita hadir sebagai tanda sokongan kepada perjuangan ke arah pembebasan #PALESTIN. pic.twitter.com/AzbFlJn1MA
— Ummah Today (@ummah_today) April 13, 2023
Tentera zionis telah menyerbu Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang dicerobohi, menggunakan bom gas, bom tangan bunyi dan memukul jemaah tanpa belas kasihan, menyebabkan ramai yang cedera minggu yang lalu.
“Mari kita bersama-sama menyatakan bantahan kita dan solidariti kita bersama perjuangan pembebasan Palestin,” tegas Cikgu Azmi.

Selain itu, Himpunan Hari Al-Quds Sedunia 2023 yang dirancang untuk diadakan pada 21 April ini dianjakkan seminggu lebih awal kepada 14 April, Jumaat (hari ini).
Hari Al-Quds Sedunia setiap tahun berlangsung pada Jumaat minggu terakhir Ramadan dan mula diraikan sebahagian besar negara Islam sejak awal dekad 1980-an lalu.
Ia diadakan sebagai tanda solidariti umat Islam memperingati detik ‘hitam’ Palestin mula dijajah para pendatang haram zionis dan menawan kota suci Baitulmaqdis atau Al-Quds.


Satu perarakan demonstrasi selepas solat Jumaat dijalankan bermula dari Masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat secara beramai-ramai dengan kawalan polis.
Umat islam diseru agar beramai-ramai menyertai Hari Al-Quds Sedunia dan juga Hari Cinta Al-Quds bagi bersama-sama perjuangkan pembebasan Palestin dari terus dijajah oleh rejim zionis.

