“Hari-Hari Saya Tengok” – Mak Cik Kantin ‘Sound’ Cikgu Jual Makanan Di Sekolah

18 Jul 2024 • 11:41 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
cikgu

Di TikTok, tular satu rakaman video menunjukkan mak cik kantin menegur tindakan cikgu yang menjual pelbagai jenis makanan di sekolah.

Dalam rakaman itu, dapat dilihat makanan antaranya spageti, keropok, bihun goreng, nasi lemak, roti john dan sebagainya.

@kim_selat

Pelik Betul Lah, Pihak Sekolah Dan Pengetua Tak Ambil Tahu Ke Tentang Masalah Ni, Mana Boleh Cikgu-Cikgu Berniaga Dekat Sekolah, Kan Dah Ada Kantin, Banyak Gila Pulak Tu Jual Barangan Makanan/Minuman, Apa Guna Ada Kantin, Kalah Cikgu Pulak Yang Nak Berniaga.? Baik Tak Payah Buka Kantin, Teruk Sangat Dah Ni, Sekolah Mana Lah Ni, Harap Pihak Berwajip Mengambil Tindakan Sewajarnya, Kesian Owner Kantin.. #fypppppppppppppppppppppp #malaysia #videoviral

♬ original sound – 카이릴 이즈완 – 카이릴 이즈완

Wanita tersebut meluahkan rasa kecewa dengan ‘saingan’ yang diberikan pendidik sedangkan sekolah sudah menyediakan kantin.

Saya diam bukannya saya tak ni, tapi saya malas nak ni dengan cikgu. Tapi cikgu buat lagi macam ni. Dorang ni semua buat ada suntikan ke?

Guru itu kemudian menjawab makanan itu dijual kerana ada hari sukan di sekolah. Tapi kata mak cik kantin, dia sentiasa menjenguk dan makanan itu dijual setiap hari.

Mak cik kantin mempersoalkan tindakan itu kerana ada pekeliling menyatakan guru sekolah tidak boleh menjalankan perniagaan dalam waktu persekolahan.

image is not available

Jap!