‘Saya malas nak cari masalah, tapi cikgu buat lagi’ – Pengusaha kantin sekolah

18 Jul 2024 • 12:15 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

image is not available

Aktiviti penjualan makanan di sekolah oleh guru atau murid/pelajar adalah tidak dibenarkan kerana setiap sekolah sudah menyediakan kantin yang dikendalikan oleh pengendali makanan. Malangnya, masih ada yang mengabaikan larangan ini.

Baru-baru ini, seorang pengusaha kantin sekolah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap guru di sebuah sekolah yang didapati menjual makanan setiap hari. Ini menimbulkan isu berkaitan dengan peraturan dan keselamatan di sekolah.

@kim_selat

Pelik Betul Lah, Pihak Sekolah Dan Pengetua Tak Ambil Tahu Ke Tentang Masalah Ni, Mana Boleh Cikgu-Cikgu Berniaga Dekat Sekolah, Kan Dah Ada Kantin, Banyak Gila Pulak Tu Jual Barangan Makanan/Minuman, Apa Guna Ada Kantin, Kalah Cikgu Pulak Yang Nak Berniaga.? Baik Tak Payah Buka Kantin, Teruk Sangat Dah Ni, Sekolah Mana Lah Ni, Harap Pihak Berwajip Mengambil Tindakan Sewajarnya, Kesian Owner Kantin.. #fypppppppppppppppppppppp #malaysia #videoviral

♬ original sound – 카이릴 이즈완 – 카이릴 이즈완

“Saya diam bukannya saya tak peduli, saya malas nak cari masalah dengan cikgu. Tapi cikgu buat juga lagi macam ni.

“Diorang ni semua (murid) ada suntikan pengendali makanan ke? Tak ada sesiapa ke yang beritahu tak boleh jual benda ni (selain pihak kantin)?” kata pengadu.

“Hari ini kan hari sukan,” kata cikgu terbabit. Namun dibidas oleh pengadu yang mendakwa dia mendapati guru berkenaan menjual makanan tersebut setiap hari.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut terkejut dengan pendedahan itu dan tidak menafikan ‘orang atasan’ mungkin terlibat sama.

‘Gunakan budak sekolah’

image is not available

‘Kenapa tak bagi pihak kantin jual?’

image is not available

‘Baik tak payah ada kantin’

image is not available

‘Tak ada suntikan’

image is not available

‘Koperasi boleh plak jual macam-macam’

image is not available

‘Mak bapak salahkan kantin, bukan cikgu’

image is not available