Hari Ini! Umat Islam Boleh Semak Arah Kiblat Pada Jam 5:18 Petang Ini

28 May 2023 • 9:36 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pakar falak tanah air, Datuk Dr. Azhari Mohamed memaklumkan peristiwa Istiwa A’dzam yang sering berlaku pada 28 Mei dan 16 Julai di mana laluan kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah akan berlaku pada petang ini tepat jam 5:18 petang.

image is not available

Setiap tahun, umat Islam di Malaysia sering disarankan untuk menyemak kedudukan arah kiblat dari lokasi mereka tepat pukul 5:16 petang pada setiap 28 Mei.

Walau bagaimanapun, waktu tersebut sudah dilewatkan dua minit kepada 5:18 petang sejak tahun lalu dan turut disahkan pakar falak tanah.

Petang ini, masyarakat Islam boleh menyemak semula arah kiblat dengan menggunakan sebarang objek tegak untuk melihat arah bayang-bayang lurus matahari.

Garisan daripada bayang tersebut akan menunjukkan lokasi menghala ke arah Kaabah dan seterusnya ditanda sebagai panduan rujukan untuk ibadah solat.

image is not available

Memetik laporan Samudera.my, hasil kiraan apabila matahari transit ketika Sudut Waktu Greenwich (GHA) menghasilkan waktu tepat Istiwa A’dzam iaitu 28 Mei, 5.18 petang dan 16 Julai, 5.27 petang.

Untuk rekod, kaedah ini sering digunakan umat Islam lebih 1,400 tahun dahulu sebelum penciptaan kompas. Kaedah ini juga dianggap antara cara alamiah yang berkesan untuk menentukan arah tepat kiblat umat Islam.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.