“Hari Itu Dah Buang..” – Nadzmi Adwa Beli Telefon Baru, Ramai Tak Sabar Nak Lihat Ardell Buat ‘Live’

LocalEntertainment
6 Oct 2025 • 9:04 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Nadzmi Adhwa memaklumkan di laman Threads bahawa dirinya sudah pun mengirimkan telefon bimbit baharu untuk isteri, Ardell Aryana bagi memudahkan untuk mereka berkomunikasi setelah sekian lama terputus.

Telefon bimbit baru dibeli untuk Ardell

Difahamkan, telefon tersebut telah dihantarkan melalui pasukan yang kini dalam perjalanan ke Turkiye, di mana situ adalah keberadaan Ardell selepas dibebaskan daripada tahanan Israel.

Kita tunggu Ardell buka telefon dia. Telefon lama hari itu dah buang. Kalau dia okay mesti akan buat live.

image is not available

Ramai teruja nak lihat Ardell buat ‘live’

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak sabar mahu melihat Ardell kembali aktif di platform media sosial melalukan live seperti sebelum ini.

image is not available

Sebelum ini, 23 aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) daripada Malaysia termasuk Ardell telah ditahan oleh tentera Israel sewaktu dalam perjalanan untuk menghantar bantuan ke Gaza, Palestin.

image is not available 2025-10-05 19:30:58

GSF: “Hijab Direntap, Minum Air Tandas, Letak Tengah Panas & Dikurung Dalam Sangkar” - Ilyia Balqis Kongsi Kekejaman ‘Isewel’