Foto Ardell Tular Di Media Sosial, Jelas Kesan Lebam Di Muka Buat Ramai Sebak – “Luluhnya Hati Tengok..”

WorldPolitics
6 Oct 2025 • 10:32 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, semalam, pihak hospital di Istanbul telah menghubungi suami salah seorang aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) iaitu Nadzmi Adhwa untuk memaklumkan keadaan isterinya, Ardell yang lemah selepas berada di bawah tahana tentera Israel untuk beberapa hari.

image is not available

Difahamkan, Ardell merupakan salah seorang aktivis daripada Malaysia yang dilayan teruk oleh tentera Israel hingga mengakibatkan tisu di bahunya koyak, malah wajahnya turut ditumbuk.

Melalui laman Threads, tular foto jelas dilihat bekas lebam di bahagian muka Ardell yang dipercayai akibat ditumbuk oleh salah seorang tentera Zionis sewaktu ditahan di dalam penjara Israel.

image is not available

Disebabkan foto tersebut telah tular, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak melihat keadaan Ardell, lagi-lagi apabila pelakon itu cuba untuk kelihatan kuat apabila berada di khalayak ramai.

Sekadar info, Ardell bukan saja mengalami tisu di bahu koyak, malah dia turut ditumbuk, hijab direntap, dan mengalami muntah untuk beberapa kali hingga mengakibatkan keadaannya lemah.

image is not available 2025-10-05 23:19:30

Misi GSF: Hospital Istanbul Maklum Keadaan Ardell Lemah, Muntah Beberapa Kali & Tisu Bahu Koyak

View Original Article