Hari Kebangsaan Tol Percuma Sebulan Tapi Hanya Di Lebuhraya WCE Seksyen 1

LocalCars
30 Aug 2024 • 5:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Ada berita baik untuk anda!

Ini kerana pengguna Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang melalui Plaza Tol Seksyen 1 (Persimpangan Bertingkat Banting) tidak perlu membayar tol selama sebulan.

Pemberian tol percuma itu diberikan bermula 12.01 tengah malam ini sehingga 29 September nanti.

image is not available

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pemberian tol percuma itu bermula dari persimpangan bertingkat Banting ke persimpangan bertingkat Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Difahamkan, pengecualian bayaran tol itu adalah sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 selain menyambut setahun pelaksanaan inisiatif MyJalan oleh kerajaan.

“Saya dengan sukacitanya mengumumkan pengecualian tol selama sebulan kepada pengguna yang melalui Seksyen 1 WCE dari kedua-dua arah,” katanya.

image is not available

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa pemberian tol percuma ini hanya untuk Lebuhraya WCE Seksyen 1 sahaja dan tidak melibatkan tol lain yang bersambung dengan lebuh raya itu.

Untuk makluman, Lebuhraya WCE Seksyen 1 ini melibatkan jajaran sepanjang 12.5 kilometer yang menghubungkan Jalan Dengkil - Banting (FT31) ke Lebuhraya SKVE.

Lebuhraya WCE ini yang bersambung ke Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) bakal memberi manfaat kepada pengguna di sekitar Banting sebagai laluan alternatif ke Putrajaya, Bangi dan Kajang.