Tol Percuma Sebulan Di Lebuh Raya WCE Seksyen 1 Bermula Tengah Malam Ini

LocalBusiness & Finance
30 Aug 2024 • 4:53 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tol Percuma Selama Sebulan, Lebuh Raya WCE Seksyen 1 Mula Dibuka Tengah Malam Ini

Kementerian Kerja Raya hari ini mengumumkan Seksyen 1, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang bermula di Persimpangan Bertingkat Banting ke Persimpangan Bertingkat SKVE kini dibuka secara rasmi.

Menerusi kenyataan media yang diterbitkan, jajaran ini akan dibuka kepada pengguna lebuh raya bermula 12.01 tengah malam pada 31 Ogos 2024.

Sempena pembukaan Sekysen 1 Lebuhraya WCE, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi selaku Menteri Kerja Raya turut mengumumkan pengecualian tol selama sebulan bagi pengguna sehingga 29 September 2024, jam 11.59 malam.

Dibuka hari ini, tol percuma sebulan untuk Lebuh Raya WCE Seksyen 1

Dalam pada itu, lebuhraya WCE Seksyen 1 ini melibatkan jajaran sepanjang 12.5 km menghubungkan Jalan Dengkil-Banting (FT31) ke Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

“Seksyen 1, Lebuhraya WCE ini yang bersambung ke Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) bakal memberi manfaat kepada Rakyat Madani

“Terutama pengguna di sekitar Banting sebagai laluan alternatif ke bandar-bandar utama di selatan Lembah Klang seperti Putrajaya, Bangi dan Kajang,” ujar beliau.

Meningkatkan kecekapan perjalanan pengguna jalan

Di samping itu, pembukaan Sekysen 1 itu juga bakal meningkatkan kecekapan perjalanan bagi syarikat pengangkutan barangan dan menjimatkan kos operasi bagi syarikat-syarikat perindustrian.

“Ianya akan menjadi jalinan keterhubungan yang utama bagi kenderaan berat dan komersil yang membawa barangan dari pelabuhan utama seperti Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Lumut ke Lapangan Terbang KLIA,” katanya.