Hari kemenangan buat umat Islam

10 Apr 2024 • 9:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kedatangan hari raya ini perlu disambut dengan penuh kesyukuran. Gambar hiasan

ALHAMDULILLAH, hari ini semua umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan berpuasa.

Hari gembira dan kemenangan setelah 'berperang' dengan nafsu, sekali gus mendidik kita untuk lebih bersabar.

Bagi Malaysia, Islam merupakan agama yang paling meluas dianuti, melebihi 60 peratus.

Maka tidak hairanlah Hari Raya Aidilfitri kebiasaannya disambut meriah dan turut disambut oleh masyarakat bukan Islam di negara ini.

Walaupun diakui pelbagai isu sejak akhir-akhir ini sedikit sebanyak menggoyahkan hubungan antara masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini, diharap kedatangan hari raya akan membuka lembaran baru buat semua.

Kedatangan hari raya ini perlu disambut dengan penuh kesyukuran.

Bagi umat Islam, ia membuka peluang untuk kita saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim.

Apa salahnya jemput juga rakan taulan daripada kalangan bukan Islam untuk bertandang meraikan hari bahagia ini, sekali gus mengukuhkan ikatan perpaduan sesama kita.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved