Hari Malaysia: “16 September wajar dijadikan hari istimewa semarak perpaduan” – PM

LocalPolitics
16 Sep 2022 • 11:01 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

PUTRAJAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh Keluarga Malaysia dengan menyifatkan bahawa tarikh 16 September wajar dijadikan hari istimewa sebagai titik tolak menyemarakkan perpaduan.

Menurutnya, ia berteraskan nilai berteraskan nilai Keluarga Malaysia yang merangkumi keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

“Semoga Keluarga Malaysia terus menjunjung semangat integrasi nasional, kesetiaan kepada raja dan negara.

“Dan semoga Malaysia terus dipelihara dalam keamanan dan kemakmuran,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan puisi dalam satu hantaran video bagi menterjemahkan semangat Keluarga Malaysia yang dirasai seluruh rakyat ketika ini yang berbunyi:

Keluarga Malaysia,
Ayuh segera,
Kekal berjuang jiwa membara,
Kita harung arus cita,
Kita daki puncak jaya,

Derap langkah biar senada,
Genderang kejayaan kita palukan,

Kita ini satu keluarga,
Kita ini orang berbangsa,
Malaysia berdaulat penuh muafakat,
Kita kaya budi,
Kita bangsa halus berbahasa,
Kitalah Keluarga Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved