Mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 236 orang

16 Sep 2022 • 8:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar laporan Sinar Harian pada 16 September 2022.

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 236 orang setakat 8 malam ini (Jumaat) berbanding 263 orang yang direkodkan tengah hari tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) memaklumkan, terdapat 69 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading, Batu Pahat.

Menurut JPBD, kesemua mangsa merupakan penduduk dari Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Pekan Seri Gading dan Kampung Seri Tanjung.

Banjir di daerah itu berlaku disebabkan pertembungan hujan lebat bermula 1.30 pagi hingga 5.30 pagi, Rabu lepas dan fenomena air pasang. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved