Hari Malaysia 2025: PNM semarakkan Rukun Negara, perkasa jati diri bangsa

LocalPolitics
12 Sep 2025 • 12:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menganjurkan program Bicara Malaysiana: Menjunjung Rukun Negara, Memperkukuh Jati Diri Bangsa di Auditorium PNM, Anjung Bestari, bersempena sambutan Hari Malaysia 2025.

Pensyarah Sosiologi Politik dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Profesor Dato’ Dr. Sivamurugan a/l Pandian menegaskan Rukun Negara kekal relevan sebagai asas perpaduan dan jati diri, khususnya dalam menghadapi cabaran globalisasi serta kepelbagaian masyarakat.

image is not available

image is not available

“Kita adalah Malaysia dan Malaysia adalah kita. Sudah pastilah itu adalah yang pasti kita pertahankan.
“Bagaimana kalau kita sendiri tak menghormati dokumen-dokumen yang ada, kita mengharapkan orang luar (bukan warga Malaysia) untuk faham ke atas dokumen ini.
“Malaysia tidak sempurna tapi yang menyempurnakannya adalah kita sebagai warganegara yang bertanggungjawab ke atas negara ini.
“Apa gunanya kita menjadi warganegara tapi kita tak mahu memahami, tidak mengambil langkah untuk memahami kepentingan Rukun Negara dan Perlembagaan,”katanya.

image is not available

PNM semarakkan Rukun Negara

Sementara itu, NM menyatakan inisiatif menganjurkan program ini bertujuan mendidik masyarakat mengenai kepentingan memahami, menghayati, dan mengamalkan prinsip Rukun Negara, selaras dengan peranan institusi itu dalam pembangunan ilmu dan budaya.

Program ini mendapat sambutan hangat daripada warga PNM, pelajar, dan masyarakat umum.

image is not available

Turut berlangsung penyampaian hadiah Pertandingan Fotografi Hari Kemerdekaan dan Pertandingan Citrawarna Hari Merdeka, Patriotisme PNM 2025, disempurnakan Ketua Pengarah PNM, Edy Irwan bin Zulkafli.

image is not available

Penganjuran program ini diharap dapat memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap nilai perpaduan, toleransi, dan identiti nasional, selain menghidupkan semangat patriotisme sempena Hari Malaysia.