Hari Ozon Sedunia 2025, JAS Perkasa Ekonomi Kitaran Melalui LRM

Environment
7 Oct 2025 • 2:27 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hari Ozon Sedunia 2025, JAS Perkasa Ekonomi Kitaran Melalui LRM

Majlis Perasmian Sambutan Hari Ozon Sedunia 2025 Peringkat Kebangsaan telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian, dengan diiringi oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kelestarian Alam, Datuk Nor Yahati Binti Awang, dan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Dato’ Wan Abdul Latiff bin Wan Jaffar, bertempat di Alamanda Shopping Centre, Putrajaya.

image is not available

Tema sambutan pada tahun ini, “From Science to Global Action” atau “Dari Sains ke Tindakan Global”, menekankan kepentingan sains dan bukti saintifik di bawah Konvensyen Vienna, Protokol Montreal serta Pindaan Kigali sebagai pemangkin kepada kerjasama global dalam memulihkan lapisan ozon serta menangani cabaran perubahan iklim.

image is not available

Dalam majlis tersebut, YB Menteri turut menyampaikan Sijil Pengiktirafan kepada tujuh (7) Pusat Pemerolehan Semula Refrigeran di Malaysia. Pengiktirafan ini merupakan langkah penting dalam memperkukuh amalan Pengurusan Kitar Hayat Refrigeran (Lifecycle Refrigerant Management – LRM) secara lestari. Pendekatan ini mampu mencegah pelepasan bahan terkawal di bawah Protokol Montreal, memanjangkan jangka hayat bahan penyejuk sedia ada serta menyokong pembangunan ekonomi kitaran.

image is not available

Sambutan yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 4 dan 5 Oktober 2025 di Alamanda Shopping Centre, Putrajaya, menampilkan konsep interaktif dan santai. Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi mendekatkan mesej pemeliharaan alam sekitar.

kepada masyarakat, antaranya pertandingan mewarna, sesi pocket talk, kuiz alam sekitar, sembang santai berinformasi, demonstrasi oleh Petrosains, edutainment interaktif serta reruai pameran oleh rakan strategik dari persatuan dan industri.

image is not available

Kejayaan penganjuran ini membuktikan bahawa komitmen bersama antara kerajaan, industri dan orang awam adalah amat penting dalam memastikan lapisan ozon terus terlindung dan kesan pemanasan global dapat dikurangkan.

Malaysia terus menzahirkan sokongan padu terhadap pelaksanaan Protokol Montreal dan Pindaan Kigali yang menjadi bukti bahawa sains mampu memacu tindakan global demi bumi yang lebih lestari.

image is not available

Jabatan Alam Sekitar merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama dan menyokong usaha pemeliharaan alam sekitar, khususnya dalam melindungi lapisan ozon. Kerjasama ini diharap dapat diteruskan dalam memastikan kelestarian bumi untuk generasi masa hadapan.