Semakan Keputusan Rayuan UPU Sesi 2026/2027 (Lepasan SPM)

30 Jun 2026 • 6:30 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Semakan keputusan rayuan UPU lepasan SPM bagi sesi akademik 2026/2027 boleh dilakukan dalam bermula 02 Julai 2026 (Khamis, 12.00 Tengah Hari) hingga 06 Julai 2026 (Isnin, 5.00 Petang) melalui Portal UPUOnline di pautan berikut: https://upu.mohe.gov.my/

Untuk makluman, rayuan UPU terbuka kepada pemohon yang TIDAK BERJAYA atau MENDAPAT TAWARAN PERINGKAT SIJIL sahaja.

Untuk rayuan ke Kolej Komuniti, rayuan perlu dibuat terus kepada institusi berkaitan tanpa melalui sistem UPUOnline.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Rayuan UPUOnline 2026/2027 bagi lepasan SPM.

Apa itu Rayuan UPUOnline?

Rayuan UPUOnline adalah peluang kedua yang diberikan kepada pemohon yang gagal mendapat sebarang tawaran atau hanya menerima tawaran peringkat sijil sahaja melalui permohonan UPUOnline.

Sistem rayuan ini diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia bagi memastikan setiap pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi mengikut kelayakan dan kekosongan tempat yang ada.

Tarikh Semakan Keputusan Rayuan UPU 2026/2027

Bagi calon lepasan SPM yang TIDAK BERJAYA mendapat tawaran pengajian untuk sesi akademik 2026/2027 dan telah membuat rayuan, semakan keputusan rayuan boleh dibuat bermula 02 Julai 2026 (Khamis, 12.00 Tengah Hari) hingga 06 Julai 2026 (Isnin, 5.00 Petang).

Semakan rayuan boleh dilakukan melalui Portal UPUOnline di pautan berikut: https://upu.mohe.gov.my/

Image from: Semakan Keputusan Rayuan UPU Sesi 2026/2027 (Lepasan SPM)

Siapa Yang Layak Membuat Rayuan UPU?

Berikut adalah syarat kelayakan bagi pemohon yang ingin membuat rayuan:

  • Calon yang Gagal Sepenuhnya: Pemohon yang langsung tidak menerima sebarang tawaran daripada mana-mana Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti, atau Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) pada hari hebahan keputusan fasa pertama.
  • Calon yang Mendapat Tawaran Peringkat Sijil sahaja: Calon Lepasan SPM yang hanya mendapat tawaran ke peringkat Sijil di Politeknik, Kolej Komuniti, atau ILKA, tetapi ingin merayu untuk ke peringkat Diploma atau Asasi di Universiti Awam.

Golongan Yang TIDAK LAYAK Merayu:

  • Calon yang Telah Berjaya: Pemohon yang sudah mendapat tawaran peringkat Asasi, Diploma, atau Ijazah Sarjana Muda tidak dibenarkan sama sekali untuk membuat rayuan tukar program atau tukar universiti.
  • Tidak Memohon UPUOnline: Individu yang langsung tidak mengisi atau tidak menghantar permohonan UPUOnline sebelum tarikh tutup fasa permohonan awal.

NOTA: Calon mestilah lulus syarat am kemasukan UPUOnline serta memenuhi syarat khas bagi program pengajian baharu yang ingin dipilih semasa fasa rayuan.

Image from: Semakan Keputusan Rayuan UPU Sesi 2026/2027 (Lepasan SPM)

Cara Buat Rayuan UPUOnline 2026/2027

Permohonan rayuan UPUOnline bagi Sesi Akademik 2026/2027 boleh dilakukan sepenuhnya secara atas talian.

Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk membuat permohonan rayuan :

PANDUAN PENGGUNA BAGI PERMOHONAN RAYUAN UPUONLINE  (SPM)

  1. Layari portal UPUOnline: https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2
  2. Log masuk sistem UPUOnline
  • Masukkan No Kad Pengenalan calon
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Log Masuk 
  1. Halaman permohonan kemasukan pelajar sesi akademik 2026/2027
  • Klik disini untuk ke halaman berikutnya 
  • Klik Seterusnya 
  1. Klik Seterusnya 
  1. Halaman Maklumat Peribadi 

** Lengkapkan semua maklumat yang berkaitan

  1. Halaman Maklumat Keputusan SPM
  • Klik Simpan setelah calon kemaskini maklumat akademik 
  • Klik Seterusnya untuk ke halaman berikutnya
  1. Halaman Maklumat Pilihan Program

** Klik Ya atau Tidak bagi permohonan ke Program Pendidikan Tinggi TVET.

  1. Lengkapkan 4 Pilihan Program dan susun mengikut minat calon di ruangan yang disediakan 
  1. Maklumat Lain-Lain 
  • Klik Kembali untuk ke halaman sebelum
  • Klik Simpan selepas calon kemas kini maklumat 
  • Klik Seterusnya untuk ke halaman berikutnya
  1. Halaman Pengesahan 

** Pastikan calon klik Cetak untuk ke halaman cetak slip permohonan UPUOnline

  1. Halaman Cetak / Muat Turun Slip Permohonan

** Pastikan  klik Cetak / Muat Turun slip permohonan UPUOnline bagi rujukan calon.

NOTA: Rayuan ke Kolej Komuniti dibuat terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.

Cara Semakan Keputusan Rayuan UPU 2026/2027 (Lepasan SPM)

Semakan keputusan rayuan boleh dilakukan melalui cara berikut:

Rayuan UPU
Kenapa Permohonan UPU boleh gagal?

Pengesahan Setuju Terima

Bagi mereka yang berjaya, mereka perlu membuat pengesahan setuju terima bermula 3 Julai hingga 6 Julai 2026.

Tarikh Penting Semakan UPU 2026/2027 (Lepasan SPM)

Berikut adalah jadual tarikh penting proses semakan, pengesahan, dan rayuan UPUOnline bagi Sesi Akademik 2026/2027 (Lepasan SPM):

PerkaraTarikh BukaTarikh Tutup / AkhirSaluran / Tindakan
Hebahan Keputusan Semakan22 Mei 2026 (12:00 Tengah Hari)31 Mei 2026 (5:00 Petang)Portal UPUOnline atau aplikasi MyGov & UPUPocket.
Pengesahan Setuju Terima23 Mei 202631 Mei 2026Wajib dilakukan melalui laman web rasmi Universiti Awam (UA) masing-masing.
Pencetakan Surat Tawaran23 Mei 2026Tertakluk kepada UAMuat turun di portal UA selepas pengesahan setuju terima selesai.
Permohonan Rayuan UPU22 Mei 2026 (12:00 Tengah Hari)31 Mei 2026 (5:00 Petang)Terbuka kepada calon gagal/dapat peringkat Sijil sahaja melalui portal UPUOnline.
Pendaftaran pelajar baharu15 Jun 2026 Tertakluk kepada surat tawaran daripada UA/Politeknik/Kolej Komuniti masing-masing.
Keputusan Rasmi Rayuan2-6 Julai 2026 Portal UPUOnline atau aplikasi MyGov & UPUPocket.

Panduan Memilih Program UPU Online

  1. Melepasi syarat am dan syarat khas program institusi/agensi.
  2. Program yang minat.
  3. Pilihan program mengikut keutamaan.
  4. Rujuk kaunselor.
  5. Pelbagai pilihan bidang dan institusi/agensi.
RAYUAN UPU
Panduan Memilih Program UPU Online
RAYUAN UPU
Panduan Memilih Program UPU Online
RAYUAN UPU
Panduan Memilih Program UPU Online
RAYUAN UPU
Panduan Memilih Program UPU Online
RAYUAN UPU
Panduan Memilih Program UPU Online
RAYUAN UPU
Panduan Memilih Program UPU Online

PENERANGAN BERKENAAN KEDUDUKAN MERIT & PENGIRAAN MERIT

MERIT UPU
RAYUAN UPU
RAYUAN UPU
RAYUAN UPU
RAYUAN UPU
RAYUAN UPU

Untuk mengetahui cara mengira markah merit, sila rujuk : Kalkulator Merit Permohonan UPU: Cara Pengiraan & Penggunaan

https://upu.mohe.gov.my/

UPU Pocket

Untuk mendapatkan info terkini dan maklumat penting tentang UPU online, sila muat turun Aplikasi Pintar UPU Pocket.

UPU Pocket
UPU Pocket

UPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang mempunyai maklumat berikut:

  • Semakan Status UPU
    • Membolehkan pengguna untuk menyemak status permohonan UPU, status kelayakan dan keputusan permohonan dan rayuan pemohon.
  • e-Panduan
    • e-Panduan menyediakan syarat kemasukan ke Universiti Awam, Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi,  Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
  • Kalendar Akademik (Takwim)
    • Menyediakan butiran mengenai tarikh penting yang berkaitan dengan aktiviti permohonan UPUonline
  • Aduan
    • Maklumbalas berkaitan permohonan UPUonline. Pengguna boleh memberi maklumbalas (aduan/pertanyaan/cadangan) berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak BKPA.

Anda juga boleh mengemukakan maklumbalas melibatkan pertanyaan, aduan, cadangan dan penghargaan menerusi borang maklumbalas di SINI.

Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan UPUOnline, boleh hubungi kami melalui:-

Soalan Lazim – Rayuan UPU 2026/2027 (Lepasan SPM)

Bilakah keputusan rayuan UPUOnline 2026/2027 Lepasan SPM boleh dibuat?

Rayuan UPUOnline bagi lepasan SPM dibuka bermula 02 Julai 2026 (Khamis, 12.00 Tengah Hari) hingga 06 Julai 2026 (Isnin, 5.00 Petang) melalui Portal UPUOnline di pautan berikut: https://upu.mohe.gov.my/ atau aplikasi MyGov dan UPUPocket.

Siapa yang layak membuat rayuan?

Hanya calon yang gagal mendapat tawaran ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA atau pemohon yang hanya ditawarkan program pengajian sijil, boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh rayuan dibuka.

Bila akan dapat surat tawaran UPU?

Surat tawaran rasmi dikeluarkan oleh UA bermula sehari (1) hebahan keputusan. Calon perlu memuat turun surat tawaran rasmi di Laman Web UA mengikut jadual yang ditetapkan.

Berapa banyak pilihan program boleh dipilih semasa rayuan?

Calon dibenarkan membuat 4 pilihan program pengajian sahaja. Hanya program yang masih mempunyai kekosongan dan layak syarat akan terpapar untuk pemilihan.

Bagaiman cara buat rayuan UPU?

Hanya calon yang gagal mendapat tawaran ke UA, Politeknik, KK dan MARA BPT atau calon yang mendapat tawaran program pengajian Sijil di Kolej Komuniti yang boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas keputusan permohonan kemasukan diumumkan.

Calon yang mendapat tawaran, menolak tawaran atau tidak membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh sembilan (9) hari selepas hebahan keputusan perdana, tidak akan dipertimbangkan untuk proses rayuan

Bila pengesahan keputusan rayuan UPU untuk lepasan SPM perlu dibuat?

Calon hendaklah menghantar pengesahan setuju terima tawaran bermula 3 Julai hingga 6 Julai 2026.

Kenapa permohonan UPU saya gagal?

Berikut adalah antara faktor yang menyebabkan permohonan UPU tidak berjaya mendapat program yang dipilih / gagal :
Image from: Semakan Keputusan Rayuan UPU Sesi 2026/2027 (Lepasan SPM)

Berapa tempoh untuk setuju terima tawaran jika berjaya rayuan?

Calon perlu membuat pengesahan terima tawaran dalam 9 hari selepas keputusan rayuan diumumkan. Kegagalan membuat pengesahan dikira sebagai menolak tawaran.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang sistem, keputusan rayuan UPU Online 2025 / 2026, sila hubungi saluran berikut:

Image from: Semakan Keputusan Rayuan UPU Sesi 2026/2027 (Lepasan SPM)

Baca juga: Biasiswa & Dermasiswa Yayasan Kuok 2026 (Universiti Awam)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved