Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan kembali ke Sabah selepas 30 tahun: Arthur

LocalFood
7 Jul 2025 • 12:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) pada tahun ini cukup istimewa apabila pertama kali dibawa ke Sabah selepas 30 tahun iaitu kali terakhir pada tahun 1995.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, negeri ini dipilih sebagai tuan rumah sambutan utama yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) Kota Kinabalu pada 1 hingga 3 Ogos ini dan dijangka dirasmikan Perdana Menteri.

“Program itu diadakan sempena ulang tahun ke-50 penganjuran HPPNK dengan tema ‘Kudrat Kami Menjamin Pertiwi’,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Road To HPPNK @ Tawau di dataran Majlis Perbandaran Tawau (MPT), pada Sabtu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Menurutnya, program dua hari di Tawau itu mensasarkan kehadiran 20,000 pengunjung dengan jumlah nilai urusniaga sebanyak RM100, 000 serta melibatkan tujuh reruai pempamer, 12 reruai/gerai Jualan Agro Madani dan 40 reruai usahawan.

Katanya, program pra-HPPNK menjadi platform mendekatkan kerajaan dengan komuniti agro di Sabah, khususnya golongan peladang, penternak dan nelayan yang merupakan tunjang keterjaminan makanan negara. Tambahnya, pemilihan Tawau sebagai pembuka tirai lokasi program jelajah kerana potensinya dalam sektor pertanian, perikanan dan penternakan serta kedudukan strategik yang memudahkan pengunjung dari daerah Lahad Datu, Semporna dan Kunak.

Sempena perasmian majlis itu, Arthur menyampaikan lapan Cek Cura (Mock Cheque) iaitu Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) Tawau 2025 bernilai RM921,600; Bantuan Rumah Nelayan B40 – Tawau (RM300,000) dan Bantuan Pembangunan Fasiliti Perikanan Komuniti Nelayan di Kampung Tanjung Batu Laut, Tawau bernilai RM50,000.

Turut disampaikan, Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan (Touch Point) - Tawau bernilai RM34,000; Program Pemilikan Jentera Kecil dan Sederhana – PPK Kalabakan (RM26,882.80) dan Program Pemilikan Jentera Kecil dan Sederhana – PPK Tawau bernilai RM9,289.70.

Selain itu, Program Pemilikan Jentera Kecil dan Sederhana – PPK Kunak bernilai RM39,294.80 dan Program Pemilikan Jentera Kecil dan Sederhana – PPK Lahad Datu bernilai RM9,954.

Terdahulu, Arthur melepaskan Konvoi Bermotor Road To HPPNK 2025 yang akan menjelajah ke beberapa daerah di Sabah seperti Sandakan, Nabawan, Keningau, Papar, Kota Kinabalu sebelum berakhir di SICC.

Konvoi itu melibatkan 30 peserta daripada pegawai, warga kerja LKIM Sabah dan Kumpulan Belia Nelayan (Kubena) serta ahli persatuan nelayan di negeri ini.