
TAWAU: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memperuntukkan RM86.66 juta untuk Sabah tahun ini bagi melaksanakan 42 projek pembangunan pertanian, perikanan dan ternakan.
Timbalan Menterinya Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, perkara itu selaras komitmen Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri untuk memperkasakan sektor terbabit melalui perancangan dasar, program sokongan teknikal dan pelaburan infrastruktur luar bandar agar produktiviti sektor agromakanan dipertingkatkan.
Katanya, Sabah bukan sahaja kaya dengan sumber semula jadi, malah terkenal dengan kepelbagaian biodiversiti yang menjadi asas kukuh kepada pembangunan sektor agromakanan.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Menurutnya, kementerian melalui Program Mengoptimumkan Penggunaan Tanah dengan Kerjasama Kerajaan Negeri turut menyalurkan RM29.38 juta bagi 19 projek-projek quick win yang dapat dilaksanakan dalam tahun semasa.
Ini termasuk Projek Pembangunan Plot Pengeluaran Bahan Tanaman Nanas Varieti Sabah Volcanic Sweet (SVS) seluas empat hektar di Pusat Penyelidikan Pertanian Quoin Hill di Tawau.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Pelancaran Road To Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) Tahun 2025 @ Tawau di Dataran Majlis Perbandaran Tawau (MPT), pada Sabtu petang.
Dalam pada itu, katanya, Sabah menjadi antara penyumbang utama sektor agromakanan negara apabila menyumbangkan sekitar tujuh hingga 10 peratus kepada KDNK negeri setiap tahun.
Daerah Tawau sahaja, katanya, menyumbang lebih 27,000 metrik tan perikanan tangkapan (13.5 peratus) dan 67, 000 metrik tan sektor akuakultur (27.3 peratus) di Sabah.
Selain itu, menurut Arthur, Sabah turut menjadi penyumbang utama kepada industri perikanan negara dengan sumbangan sekitar 14.5 peratus kepada perikanan tangkapan dan 45.6 peratus kepada sektor akuakultur di Malaysia.
“Tahun lepas,Tawau menyumbang 13.5 peratus bersamaan lebih 27, 000 metrik tan perikanan tangkapan dan 27.3 peratus bersamaan 67, 000 metrik tan kepada sektor akuakultur Sabah,” katanya.
Sementara itu, Arthur berkata kerajaan sentiasa komited dalam memastikan kebajikan para nelayan menerusi pelbagai inisiatif yang disalurkan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) seperti pemberian Elaun Sara Hidup Nelayan.
Katanya, pemberian elaun itu memanfaatkan lebih 38,000 nelayan seluruh negara termasuk 7,496 di Sabah, manakala Skim subsidi diesel dan petrol masih diteruskan dengan 5, 600 nelayan Sabah menerima manfaat harga subsidi RM1.65 seliter.
“Selain itu, RM2 juta disalurkan di bawah Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) di Sabah termasuk RM300,000 di Tawau yang memanfaatkan 15 keluarga.
“Bantuan Tabung Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan (TBBAKN) sehingga Mei 2025 pula memberi manfaat kepada 74 nelayan di Sabah,” katanya.


