Hari Pertama Positif Buat Voge Racing Team di Motegi, Muzakkir Pamer Rentak Meyakinkan

13 Jun 2026 • 9:28 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: Hari Pertama Positif Buat Voge Racing Team di Motegi, Muzakkir Pamer Rentak Meyakinkan

MOTEGI, Jepun – Voge Racing Team memulakan kempen pusingan ketiga ARRC di Litar Motegi dengan perkembangan yang memberangsangkan apabila kedua-dua pelumba menunjukkan peningkatan sepanjang hari pertama sesi latihan bebas.

Menurut Prinsipal Pasukan, Azlan Shah, Muzakkir berjaya menamatkan sesi FP1 dalam kelompok 10 terbaik sebelum terus mempamerkan peningkatan pada FP2 dengan pace yang semakin kompetitif. Beliau dilihat mampu mengikuti kelompok pelumba hadapan dan kini menyasarkan kedudukan 10 terbaik menjelang sesi kelayakan.

“Untuk Muzakkir, prestasinya sangat positif. Dalam FP2 dia sudah menunjukkan pace yang baik dan mampu mengikuti kelompok top 10. Sasaran kami hari ini adalah untuk kekal bersaing dalam kelompok tersebut,” kata Azlan Shah.

Sementara itu, Afizi masih berusaha mencari rentak terbaik selepas berdepan beberapa isu teknikal pada jentera dalam sesi awal. Walaupun begitu, pihak pasukan melihat perkembangan yang positif dan yakin prestasinya akan terus meningkat apabila masalah tersebut diselesaikan.

Secara keseluruhan, hari pertama memberi petanda baik buat Voge Racing Team yang optimis untuk terus mencabar kedudukan hadapan pada baki aksi hujung minggu di Motegi.

The post Hari Pertama Positif Buat Voge Racing Team di Motegi, Muzakkir Pamer Rentak Meyakinkan appeared first on TW Media.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved