Hari Raya Aidilfitri Di UAE Jatuh Pada Jumaat 20 Mac

8 Mar 2026 • 12:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Hari Raya Aidilfitri di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dijangka disambut pada Jumaat, 20 Mac 2026.

Perkara itu berdasarkan penentuan astronomi yang dikeluarkan oleh Akademi Sains Astronomi, Angkasa Lepas dan Teknologi Sharjah (SAASST) menerusi balai cerap astronominya berhubung kenampakan anak bulan Syawal 1447 Hijrah.

Menurut laporan Gulf News, pengiraan astronomi yang dilakukan menunjukkan bahawa Ramadan pada tahun ini di negara berkenaan dijangka genap 30 hari, sekali gus menjadikan Jumaat, 20 Mac sebagai hari pertama bulan Syawal.

Difahamkan, pengiraan astronomi mereka menunjukkan tiada anak bulan yang kelihatan pada malam cerapan anak bulan iaitu pada Rabu 29 Ramadan (18 Mac) nanti.

Namun, dalam masa yang sama, balai cerap tersebut juga mengatakan anak bulan mungkin boleh dilihat di sesetengah negara Arab dan Islam lain dengan teleskop atau mata kasar kerana keadaan geografi dan astronomi yang lebih sesuai.

Yang penting, kita raya 1 Syawal.  

Sumber: Gulf News,

Sumber: Gambar Hiasan Sumber: Gulf News

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.