Hari Sabah bukan peringati kemerdekaan Sabah: Assaffal

25 Aug 2023 • 1:46 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Hari Sabah sepatutnya memperingati hari di mana Empayar British melepaskan North Borneo (Sabah) untuk berstatus Berkerajaan Sendiri (Self Government) dan bukannya status Kemerdekaan, Adun Tungku Assaffal Allan.

“Saya mengandaikan terdapat kekhilafan dalam kenyataan media Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada 21 Ogos yang mengatakan Hari Sabah adalah untuk memperingati Kemerdekaan Sabah.

“British tidak pernah memberi status kemerdekaan kepada mana-mana pihak termasuk Singapura walaupun Singapura cuba mengishtiharkannya sendiri pada tarikh tersebut.

“Sabah dan Sarawak hanya berkerajaan sendiri pada tahun 1963 bagi memulakan proses dekolonisasi,” katanya dalam satu kenyataan.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Assaffal, yang juga ahli Majlis Tertinggi Parti Warisan, berkata Gabenor British terakhir, Sir William Goode mengisytiharkan Sabah sebagai kerajaan sendiri pada 31 Ogos 1963.

“Menurut Hajiji, Sabah sepatutnya merdeka pada 31 Ogos 1963 dan kemudiannya menyertai pembentukan Malaysia.

“Persoalannya di sini, bagaimana status Kemerdekaan boleh diturunkan kepada status pemerintahan sendiri hanya pada 16 September 1963?

“Saya memohon agar beliau dapat memperbetulkan kekhilafan tersebut kerana rakyat Sabah sudah 60 tahun dikelirukan oleh buku Sejarah yang diajar di sekolah,” katanya.

Assaffal berkata Sabah dan Sarawak perlu diberikan kemerdekaan untuk mengangkat status Sabah sebagai sebuah Wilayah yang berdaulat dalam Malaysia dan agar tiada “tuntutan tidak munasabah” dibuat lebih lama ke atas Sabah.

“Menuntut kemerdekaan bukan bermakna mahu meninggalkan Malaysia. Oleh itu saya mencadangkan Hajiji membawa usul Kemerdekaan Sabah untuk dibincangkan dalam mesyuarat DUN yang akan datang.

“Kita tidak pernah menggunakan Perenggan 30(2) Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) untuk membuat Pengaturan Khas Perlembagaan dan menuntut Parlimen meluluskannya.

“Jika kita mengambil prosedur yang betul, saya yakin tidak ada sebab untuk Kerajaan Persekutuan menolak tuntutan kemerdekaan Sabah,” katanya.

Tambahnya, keputusan DUN Sabah akan menjadi referendum penting yang mesti dituntut daripada Kerajaan Persekutuan.

Penyelaras Parti Warisan Lahad Datu berkata status Sabah dan Sarawak tidak sama seperti negeri-negeri di Semenanjung yang merdeka melalui Pemasyhuran Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.