Hari Wanita Sedunia: 6 Inisiatif Untuk Wanita Dalam Belanjawan 2023

8 Mar 2023 • 12:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti yang semua tahu, Hari Wanita Sedunia disambut pada 8 Mac setiap tahun khusus buat para wanita seluruh dunia.

Hari Wanita Sedunia merupakan hari bagi menghargai dan mengiktiraf kejayaan yang diperoleh golongan wanita di seluruh negara tanpa mengira latar belakang, etnik, bahasa, budaya, ekonomi sekalipun politik.

Justeru, kerajaan turut mengumumkan beberapa inisiatif dan keistimewaan yang bakal diterima golongan wanita menerusi Belanjawan 2023 terutama kepada wanita bekerjaya dalam mengurangkan beban mereka sebagai pekerja dan ibu.

image is not available

6 Inisiatif Sempena Hari Wanita Sedunia

Ringkasan tentang inisiatif tersebut dimuat naik oleh Kementerian Kewangan menerusi laman Twitter Kementerian Kewangan @MOFmalaysia.

1. Dana Pembiayaan Perniagaan Wanita

Pembiayaan model kerja atau pembelian aset untuk mengembangkan perniagaan.

2. Ujian Saringan Mamogram dan Kanser Serviks

Pengesanan awal kanser payudara menerusi ujian mamogram dan kanser serviks.

3. Pemberian geran bersamaan 80% daripada nilai gaji bulanan

Pemberian geran bersamaan 80 peratus daripada nilai gaji yang diinsuranskan pekerja bagi menggalakkan wanita kembali bekerja.

4. Program 2 Year Exit Policy

Program ini memanfaatkan 300 usahawan wanita. Ia membantu ke arah hidup berdikari melalui penglibatan secara aktif dalam pekerjaan atau program menjana pendapatan.

5. Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS)

Memperkukuhkan PSSS melalui sesi bimbingan dan kaunseling supaya masyarakat lebih peka terhadap kepentingan perkhidmatan psikososial.

6. Pemerkasaan Wanita

Pelaksanaan Akta Antigangguan Seksual melalui Penubuhan Tribunal dan Program Advokasi.

Ia antara penggerak ekonomi dan kesejahteraan negara, tumpuan kerajaan dalam Belanjawan 2023 adalah untuk melindungi wanita daripada isu keganasan rumah tangga, aspek kesihatan, perlindungan sosial serta galakan kembali bekerja kepada wanita dan menceburi bidang keusahawanan.

Dengan inisiatif yang dibentangkan ini, harap dapat menyuntik semangat para wanita untuk turut mencipta kejayaan pada masa akan datang!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.