Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

LocalEnvironment
5 Jul 2026 • 5:51 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

KUALA LUMPUR - Orang awam, khususnya pengguna jalan raya di Terengganu, dinasihatkan supaya lebih berhati-hati susulan kemunculan seekor harimau kumbang di tepi jalan berhampiran kawasan Tasik Kenyir, yang dirakam oleh seorang lelaki malam tadi.

Menurut hantaran yang dimuat naik di Facebook, kejadian itu dipercayai berlaku sekitar jam 8.06 malam di tepi Laluan Kedua Lebuhraya Timur–Barat berhampiran stesen minyak Petron Tasik Kenyir, Gawi, Terengganu.

“Amat berbahaya jika motosikal melalui Jalan Gawi betul-betul di hadapan stesen minyak. Berhati-hatilah semua ketika melalui kawasan ini,” menurut hantaran tersebut.

Pemuda yang merakam video berkenaan turut mengambil tindakan berani dengan menghalau haiwan liar itu kembali ke kawasan hutan.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berwaspada serta bimbang terhadap kemungkinan pertembungan dengan haiwan liar.

Mereka turut menggesa pihak berkuasa berkaitan supaya mengambil tindakan bagi memastikan haiwan tersebut dipindahkan tanpa mencederakannya. 

Rakaman video kejadian yang dimuat naik Mariam Atikah Zaki di Facebook boleh disaksikan di pautan https://www.facebook.com/share/v/196ktyWV2b/?mibextid=wwXIfr - Getaran, 5 Julai 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved