Harimau Kumbang Dilanggar MPV, Disahkan Maut Oleh Perhilitan

21 May 2023 • 1:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam tular beberapa video dari netizen dimana seekor harimau kumbang dalam keadaan cedera selepas dipercayai dilanggar di Jelebu, Negeri Sembilan.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian dilapor berlaku pada 2 petang ketika MPV dipandu lelaki berusia 30 tahun dalam perjalanan dari arah Seremban ke Kuala Klawang. Video haiwan liar yang mengalami kecederaan itu sempat dirakam oleh netizen. Korang boleh tengok video tu dalam tweet @jnmalaysia dibawah.

Ketua Polis Daerah Jelebu Deputi Superintendan Maslan Udin berkata harimau kumbang itu telah dilanggar oleh seorang pemandu MPV ketika melalui selekoh kanan menuruni bukit.

Pemandu itu terpaksa melakukan brek mengejut ketika haiwan liar itu melintas dari arah kanan jalan. Walau bagaimanapun, pemandu itu tetap terlanggar haiwan itu.

Harimau kumbang itu disahkan mati oleh pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) manakala pemandu dan ahli keluarganya tidak mengalami kecederaan. Bangkai harimau kumbang itu kemudian diuruskan pihak Perhilitan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved