Harimau Malaya atasi Palestin 1-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa

FootballSports
9 Sep 2025 • 8:12 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

ISKANDAR PUTERI: Harimau Malaya berjaya mencatat kemenangan 1-0 ke atas Palestin dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim.

Jaringan tunggal perlawanan dijaringkan oleh penyerang Joao Figueiredo pada minit ketiga menerusi hantaran lintang Quentin Cheng.

Figueiredo hampir menjaringkan gol kedua pada minit ke-24 tetapi rembatannya diselamatkan penjaga gol Palestin Rami Hamada.

Palestin berpeluang menyamakan kedudukan pada masa tambahan melalui sepakan percuma Wessam Abou Ali yang menggegarkan tiang gol.

Kemenangan ini mengekalkan rekod tanpa kalah pasukan negara di bawah kendalian ketua jurulatih Peter Cklamovski.

Pemain warisan Richard Chin membuat penampilan sulung bersama pasukan negara apabila menggantikan Quentin Cheng pada minit ke-80.

Kali terakhir Malaysia menewaskan Palestin adalah pada tahun 2001 dalam aksi kelayakan Piala Dunia.

Harimau Malaya akan menyambung kempen Kumpulan F Pusingan Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos pada Oktober ini. – Bernama