Harimau Malaya: Safawi Rasid tekad teruskan momentum penyudah

LocalFootball
10 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Harimau Malaya: Safawi Rasid tekad teruskan momentum penyudah

Tonggak Harimau Malaya, Safawi Rasid, bertekad meneruskan sentuhan jaringannya bersama skuad negara tatkala menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa tier 1 menentang China dan Yaman.

Safawi yang telah mencetak tiga gol dalam dua perlawanan terakhir bersama Kuching City dilihat sebagai calon utama bagi mengisi posisi sayap skuad negara selepas ketiadaan pemain bintang utama, Arif Aiman Hanapi serta Faisal Halim.

Ujar Safawi, dia teruja untuk kembali menyarung jersi negara selepas kali terakhir tampil ketika menentang Vietnam dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2027 di Nam Dinh, Mac lalu.

Pemain berusia 29 tahun itu menegaskan bahawa dia dan rakan sepasukan sedia memberi segala yang termampu dalam usaha bantu skuad kendalian Tan Cheng Hoe mencapai keputusan positif seperti mana yang diharapkan.

Harimau Malaya dijadualkan berdepan China pada 14 november sebelum menguji pasukan di ranking ke 144 dunia, Yaman tiga hari kemudian, dengan kedua-dua perlawanan berlangsung di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre, Guangdong.

"(Sebagai) pemain, ada hari saya dapat jaringkan gol dan ada hari yang tidak.

 

 

 

"Tapi saya perlu tetapkan semula dan dalam dua perlawanan terakhir, saya menemui prestasi yang saya inginkan.

"Saya kena teruskan (usaha) sampai habis musim.

"Semua pemain yang dipanggil berkualiti dan bermain hebat bersama pasukan masing-masing," katanya. 
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved