Harimau Malaya Tak Jadi Lawan Iran, Tarik Diri Dari CAFA 2025

Entertainment
16 Jul 2025 • 5:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Harimau Malaya tidak sempat bertemu dengan pasukan ranking ke-20 dunia, Iran kerana menarik diri dari daripada kejohanan Piala Negara-Negara Persatuan Bola Sepak Asia Tengah (CAFA) 2025 yang dijadual berlangsung 26 Ogos hingga 9 September ini.

Selain isu berkaitan logistik untuk ke Tajikistan, penganjuran pertandingan yang akan bermula di luar kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dilihat menjadi antara sebab mengapa skuad bola sepak kebangsaan itu menarik diri.

image is not available

Dalam pada itu, pengendali negara, Peter Cklamovksi juga mengakui sukar untuk mengumpulkan pemain terbaik dan menyediakan persiapan lebih rapi, hasrat pasukan adalah untuk mendapatkan keputusan positif.

Cklamovksi juga menjelaskan pelbagai aspek sudah diambil kira dan terpaksa mengambil keputusan sukar kerana tidak mahu pemain yang terpilih sekadar ‘makan angin’ di Tajikistan.

Pada undian sebelum ini, Malaysia berada dalam Kumpulan B bersama tuan rumah, Tajikistan, Iran dan Afghanistan namun mengambil kira pertandingan ini akan bermula sebelum kalendar FIFA, agak sukar untuk pasukan bertanding mendapatkan pemain terbaik.

Sumber: Kosmo!

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.