Harimau Malaya wajib benam Filipina

FootballSports
4 Aug 2026 • 9:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Harimau Malaya wajib benam Filipina

PETALING JAYA: Peluang untuk Harimau Malaya merebut tiket ke separuh akhir Piala ASEAN 2026 masih terbuka dengan syarat wajib melakar kemenangan ke atas Filipina pada Sabtu ini.

Selepas tiga perlawanan, skuad kendalian Tan Cheng Hoe kini menghuni tangga kedua Kumpulan B dengan mengumpul enam mata, berkongsi kutipan mata yang sama dengan pendahulu, Thailand.

Berdasarkan format kejohanan, hanya dua pasukan teratas akan mara ke separuh akhir, situasi itu menyaksikan Harimau Malaya tidak mempunyai pilihan lain kecuali menang pada Sabtu ini.

Menurut Cheng Hoe, gabungan pemain muda dan berpengalaman dalam pasukan menjadi ramuan terbaik untuk membawa skuad negara melangkah lebih jauh dalam saingan Piala ASEAN 2026.

Katanya, pengalaman dimiliki tonggak senior perlu digandingkan dengan keberanian serta semangat pemain muda bagi meningkatkan peluang Harimau Malaya melangkah ke separuh akhir.

“Saya menerima apa juga keputusan kerana ini adalah ujian terbaik untuk pemain-pemain muda. Sudah tentu kami mengharapkan satu keputusan yang memihak kepada kami untuk mara ke peringkat seterusnya.

“Dalam bola sepak, kadang-kadang kita memiliki pemain terbaik sekalipun, ia tidak menjamin kemenangan. Sebab itu kami perlu mempunyai mentaliti yang positif, dibantu pengalaman pemain senior serta keinginan pemain muda.

“Pemain muda mahu membuktikan kemampuan mereka di pentas ini dengan mara sejauh mungkin. Ia adalah satu ujian terbaik buat mereka tunjukkan prestasi masing-masing,” katanya.

Cheng Hoe turut menegaskan beliau tidak mahu pemain dibelenggu tekanan, sebaliknya berharap mereka saling memberi keyakinan antara satu sama lain untuk mempamerkan aksi terbaik.

“Saya sentiasa menekankan supaya pemain tidak terlalu memikirkan tekanan ketika beraksi. Apa yang penting ialah sokongan daripada rakan sepasukan kerana ia mampu meningkatkan keyakinan setiap pemain ,” katanya. – UTUSAN

The post Harimau Malaya wajib benam Filipina appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved