
Harimau Malaysia Berjaya Ke Final Piala Raja Thai, Benam Thailand Menerusi Sepakan Penalti
Perlawanan Piala Raja Thai yang ke-48 ini mempertemukan Skuad Harimau Malaya menentang skuad dari Thailand. Perlawanan telah berlangsung di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai, Thailand.
Skuad kebangsaan Harimau Malaya yang dibimbing oleh ketua jurulatih Kim Pan Gon dari Korea Selatan berjaya mara ke final.
Gol pertama skuad Hairmau Malaya berjaya disumbangkan oleh Corbin Ong pada minit ke 32 separuh masa pertama hasil hantaran daripada Safawi Rashid.
Namun begitu, skuad Thailand berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada saat akhir perlawanan separuh masa kedua. Malaysia menang dalam penentuan penalti dengan keputusan 5-4.
Dalam penentuan penalti, penjaga gol Malaysia berjaya merencatkan kemaraan pasukan tuan rumah ke pentas final pada ahad ini.
Sebagai info, Malaysia pernah menjulang piala ini sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1972, 1976,1977 dan 1978.
Tahniah Harimau Malaya!
Sumber: Football Association of Malaysia
The post Harimau Malaysia Berjaya Ke Final Piala Raja Thai, Benam Thailand Menerusi Sepakan Penalti appeared first on Siakap Keli.
