Harimau Muda belasah Brunei 11-0

19 Jul 2024 • 6:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Abid meledak hatrik untuk Harimau Muda ketika menewaskan Brunei, 11-0 dalam aksi Kumpulan C Piala ASEAN B-19 Surabaya 2024 di Stadium Gelora 10 November, Surabaya, Jawa Timur, pada Jumaat.

image is not available
Pemain Harimau Muda, Izzat Syahir diasak dua pemain Brunei dalam aksi Kumpulan C Piala ASEAN B-19 Surabaya 2024 di Stadium Gelora 10 November, Surabaya, Jawa Timur, pada Jumaat.

image is not available
Kesebelasan utama Harimau Muda B-19 ketika berdepan Brunei pada Jumaat.

[DIKEMAS KINI] MALAYSIA membuka gelanggang mempertahankan kejuaraan Piala ASEAN Bawah 19 (B-19) tahun langkah bergaya apabila membelasah Brunei, 11-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan C pada Jumaat.

Perlawanan di Stadium Gelora 10 November, Surabaya, Jawa Timur itu, Harimau Muda B-19 kendalian Juan Torres Garrido tampil garang apabila meledak enam gol separuh masa pertama sebelum menambah lima gol lagi di babak kedua untuk tiga mata pertama kejuaraan edisi Surabaya 2024 itu.

**media[2732435]**

Gol anak buah Garrido dihasilkan G Pavithran (minit ke-2, m-43), Abid Safaraz (m-14, m-16, m-80), Danish Hakimi (m-25), Haykal Danish (m-42), Izzat Syahir (m-53 penalti), Amir Farhan (m-68), Zamirul Hakim (m-75) sebelum Muhammad Shafizan melabuh pesta Harimau Muda dengan gol minit ke-82.

**media[2732434]**

Tiga mata itu memberi petanda positif buat skuad Garrido yang dalam misi mempertahankan kejuaraan dimenangi dua tahun lalu di Indonesia apabila akan berdepan Singapura dalam perlawanan kedua di venue sama pada Isnin sebelum melayan Thailand pada 25 Julai.