Harimau Muda gagal baiki pencapaian di B-23 AFF

26 Aug 2023 • 7:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Skuad Harimau Muda menamatkan saingan Kejuaraan B-23 AFF 2023 di kedudukan keempat. - Foto FB FAM

HARIMAU Muda mengakhiri saingan Kejuaraan B-23 AFF 2023 di kedudukan keempat selepas tewas kepada Thailand dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat di Stadium Rayong Provincial, Thailand pada Sabtu.

Perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas aksi 90 minit berkesudahan tanpa jaringan dan Thailand lebih unggul dengan kemenangan 4-3.

Keputusan itu sekali gus mengulangi pencapaian yang telah dilakukan pada edisi 2005 juga di Thailand.

Separuh masa pertama berlangsung seimbang dengan peluang terbaik Thailand hadir menerusi Phanthamit Praphanth pada minit ke-23, namun percubaannya dihalang penjaga gol negara, Azim Al Amin.

Giliran Harimau Muda menguji kekebalan Thailand menerusi Fergus Tierney di penghujung babak pertama selepas menerima hantaran Alif Ikmalrizal tetapi diselamatkan penjaga gol, Thirawooth Sraunson.

Kedua-dua pasukan meningkatkan tempo permainan pada separuh masa kedua dan Thirawoot sekali lagi bertindak cemerlang menafikan percubaan Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan pada minit ke-46.

Peluang demi peluang terus dicipta kedua-dua pasukan namun gagal menembusi gawang untuk mengheret perlawanan ke penentuan penalti.

Syahir Bashah dan Muhammad Abu Khalil gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk Harimau Muda sekali gus memberikan kemenangan kepada pasukan tuan rumah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved