Harith Iskander Sah Cerai Talak Satu, Tetap Jalinkan Hubungan Baik Dengan Bekasih Isteri - “Punca Dia, Biasalah Tiada Persefahaman…”

25 Jul 2024 • 12:44 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Rumah tangga Harith Iskander dan Dr Jezamine Lim yang dibina selama 14 tahun berakhir dengan perceraian selepas pelawak itu melafazkan cerai talak satu. 

Harith atau nama sebenarnya Harith Iskander Musa, 58, melafazkan cerai terhadap Dr Jezamine Lim di hadapan Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Siti Noraini Mohd Ali, pada 12.05 tengah hari, Khamis. 

Menurut peguam mewakili pasangan itu, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata pihak mereka telah memfailkan dua permohonan iaitu perceraian dan nafkah yang telah diselesaikan pada masa yang sama. 

“Kami ada failkan dua permohonan, satu permohonan cerai dan satu lagi nafkah. Yang permohonan cerai sudah selesai tadi, Harith melafazkan cerai pada 12.05 tadi dengan talak satu. Permohonan perceraian bersama. 

Cerai Kerana Tiada Persefahaman