“Haritu Pegang Tangan, Peluk Pinggang Okay Je” – Warganet Sindir Ubai Malu-Malu Nak Buat Upacara Batal Air Sembahyang

Entertainment
6 Aug 2023 • 10:02 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dengan sekali lafaz, penyanyi Shila Amzah sah bergelar isteri kepada Ubai Mz atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Shila, ND Lala dan menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 namun mereka memilih untuk merahsiakan hantaran.

image is not available 2 days ago

Bergambar Pun Tidak, ND Lala Bergegas Tinggalkan Majlis Selepas Nikahkan Ubai Dan Shila Amzah

Ramai peminat mengucapkan tahniah kepada mereka berdua dan mendoakan agar rumah tangga dibina berkekalan hingga ke hujung nyawa.

Dalam pada itu, reaksi pempengaruh media sosial tersebut yang dilihat malu malu ketika upacara batal air sembahyang mengundang respon warganet di TikTok.

Menerusi video itu, Ubai dilihat menarik nafas panjang sebelum memulakan upacara berkenaan kemudian membaca doa sambil meletakkan tangan di kepala Shila dan mencium dahinya.

image is not available

Aik haritu dekat kedai makan pegang-pegang tangan. Ni malu pulak.”

Ramai pengguna media sosial memberi komen sinis dan menyindir pasangan tersebut kerana sebelum ini pernah dilihat berpegangan tangan di tempat awam.

Malah, ada individu yang turut mendakwa pernah ternampak Shila dan Ubai memeluk pinggang sebelum ini.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sementara itu, sesetengah individu berpendapat bahawa Ubai berasa gementar kerana disaksikan ramai orang dan pertama kali mencium dahi wanita yang telah sah bergelar isterinya.