
Harley-Davidson Malaysia mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menganjurkan Harley-Davidson Track Day sulung di Litar Antarabangsa Sepang, sekali gus membuka dimensi baharu pengalaman menunggang jenama ikonik Amerika itu kepada peminat tempatan.
Acara bersejarah ini menghimpunkan 70 buah motosikal Harley-Davidson bersama penunggang dari seluruh Semenanjung Malaysia untuk satu hari tunggangan di litar profesional yang terkawal, menawarkan peluang unik yang jarang disediakan di Malaysia.
Para peserta berpeluang menguji sendiri prestasi, kestabilan dan pengendalian barisan motosikal jelajah Harley-Davidson dalam suasana litar, membuktikan keupayaan sebenar jentera-jentera ini bukan sekadar untuk perjalanan jauh di lebuh raya.

Antara model yang terlibat termasuk Road Glide™️, Street Glide™️, Road King™️, CVO Street Glide™️, Fat Boy™️ serta pelbagai model lain, sekali gus menonjolkan kepelbagaian dan keupayaan barisan Harley-Davidson merentasi pelbagai gaya tunggangan.



Track Day ini turut disertai ahli daripada lima Harley Owners Group (H.O.G.) Chapter utama negara:
- H.O.G. Petaling Jaya Chapter
- H.O.G. Route 77 Kuala Lumpur Chapter
- H.O.G. Johor Bahru Chapter
- H.O.G. Penang Chapter
- H.O.G. Kinabalu Chapter
Kehadiran penunggang dari pelbagai negeri jelas mencerminkan semangat persaudaraan dan kekuatan komuniti dalam keluarga besar Harley-Davidson Malaysia.
Acara ini disokong oleh rakan gaya hidup Monster Energy, yang memastikan tahap tenaga penunggang sentiasa optimum, manakala Inside Scoop memeriahkan suasana paddock dengan aiskrim pelbagai perisa serta makanan ringan untuk peserta dan tetamu.

Lebih daripada sekadar sebuah acara, Track Day sulung ini berfungsi sebagai sesi ‘warm-up’ rasmi menjelang Malaysia National H.O.G. Rally yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Acara ‘flag-off’ kebangsaan dijadualkan pada 23 Januari 2026, dengan lebih 200 buah motosikal Harley-Davidson dijangka bergerak bersama menuju Adena Beach Resort, Kuantan, Pahang.
Penganjuran Track Day ini menegaskan komitmen berterusan Harley-Davidson Malaysia dalam memperkaya pengalaman penunggang tempatan, di samping terus mengukuhkan semangat “United We Ride” di seluruh negara.
The post Harley-Davidson Malaysia Cipta Sejarah dengan Track Day Sulung di Sepang appeared first on TW Media.
