Harman Kardon Liora tampil dengan reka bentuk arca dan sistem audio 3-hala

TechnologyDigital
26 Nov 2026 • 7:07 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Harman Kardon Liora tampil dengan reka bentuk arca dan sistem audio 3-hala

Harman Kardon memperkenalkan Liora sebagai pembesar suara Wi-Fi mercu baharu yang menggabungkan sistem audio 3-hala dengan reka bentuk arca dan pencahayaan ambien.

Harga dan ketersediaan

Pra-tempahan Harman Kardon Liora dibuka sehingga 6 Disember 2026, namun tarikh jualan umumnya masih belum diumumkan. Pakej pra-tempahan berharga RM5,688 merangkumi satu unit Liora, kaki penyangga lantai dan koleksi pewangi eksklusif bernilai RM299.

Selepas tempoh pra-tempahan, Liora akan dijual pada harga RM5,399, manakala kaki penyangga lantai boleh dibeli secara berasingan pada harga RM799. Pengguna boleh membuat pembelian menerusi kedai rasmi Harman Kardon di Shopee dan Lazada.

Reka bentuk pembesar suara gaya arca

Harman Kardon Liora mempunyai dua kubah lutsinar yang saling berhadapan, dengan struktur monokristal berlengkungan di bahagian dalam. Ia boleh diletakkan di atas meja atau kabinet, selain menggunakan kaki penyangga lantai pilihan.

Image from: Harman Kardon Liora tampil dengan reka bentuk arca dan sistem audio 3-hala

Konfigurasi pemacu dan teknologi bunyi 3-hala

Liora dilengkapi sistem pembesar suara 3-hala yang terdiri daripada dua subwufer 5 inci, empat pemacu julat pertengahan 2.5 inci dan tiga tweeter 30mm. Ia turut menggunakan teknologi AI Sound Boost yang membantu mengekalkan bunyi bes supaya kekal jelas dan terkawal.

Selain itu, teknologi Constant Sound Field memastikan penyampaian bunyi lebih konsisten apabila pendengar bergerak di sekitar ruang. Liora juga menawarkan liputan audio 180 darjah dan ciri penalaan kendiri automatik yang melaraskan bunyi mengikut kedudukan pembesar suara serta akustik bilik.

10 Jenis tema pencahayaan animasi

Dari segi pencahayaan, Liora mempunyai lima lapisan cahaya dalam struktur kristalnya dengan 10 tema pencahayaan yang boleh dipilih mengikut suasana. Pengguna juga boleh melaraskan warna, kecerahan dan kelajuan animasi melalui aplikasi Harman Kardon One.

10 tema animasi termasuk:-

  • Ocean
  • Aurora
  • Fireplace
  • Nebula
  • Blossom
  • Calm
  • Sunrise
  • Starry
  • Bubble
  • Coral

Tema pencahayaan tersebut boleh bergerak mengikut alunan muzik, apabila muzik tidak dimainkan, pengguna juga boleh memilih landskap bunyi yang tersedia.

Image from: Harman Kardon Liora tampil dengan reka bentuk arca dan sistem audio 3-hala

Ciri tambahan untuk yang tersedia Harman Kardon Liora

Dari segi sambungan, Harman Kardon Liora menyokong AirPlay 2, Google Cast, Spotify Connect, Tidal Connect dan Qobuz Connect. Ia turut dilengkapi sokongan Roon Ready, Auracast untuk menghubungkannya dengan pembesar suara Harman Kardon yang serasi, serta sambungan Wi-Fi dan Bluetooth 5.3.

Liora juga mempunyai butang Moment yang membolehkan pengguna memainkan senarai lagu, album atau landskap bunyi yang telah ditetapkan.

Untuk maklumat lebih lanjut boleh tekan pautan INI.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved