Harmon Kardon Allure 2 hadir dengan lampu ambien 360 darjah, harga RM1,099

LocalTechnology
26 Nov 2026 • 5:16 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Harmon Kardon Allure 2 hadir dengan lampu ambien 360 darjah, harga RM1,099

Harman Kardon memperkenalkan Allure 2 di Malaysia, iaitu pembesar suara Bluetooth untuk kegunaan di rumah. Ia menggabungkan sistem audio 360 darjah dengan pencahayaan ambien, dan akan mula dijual pada 7 Disember 2026 pada harga RM1,099.

Harga dan ketersediaan di Malaysia

Image from: Harmon Kardon Allure 2 hadir dengan lampu ambien 360 darjah, harga RM1,099

Allure 2 boleh ditempah sehingga 6 Disember 2026, dengan setiap pra-tempahan disertakan lilin aromaterapi percuma sementara stok masih ada. Ia akan mula dijual pada 7 Disember 2026 pada harga RM1,099 menerusi kedai rasmi Harman Kardon di Shopee dan Lazada.

Apa kelainan Allure 2 dari segi reka bentuk?

Dari segi reka bentuk, Allure 2 mempunyai kubah lutsinar dengan struktur dalaman yang kelihatan seakan-akan terapung, manakala tapak pembesar suaranya dibaluti fabrik akustik.

Image from: Harmon Kardon Allure 2 hadir dengan lampu ambien 360 darjah, harga RM1,099

Allure 2 turut dilengkapi panel kawalan sentuh di bahagian atas untuk melaraskan kelantangan dan memadankan peranti Bluetooth. Ia menggunakan tiga pemacu julat penuh bersaiz 1.5 inci dan subwufer 3.5 inci yang menghala ke bawah, manakala panel kawalan tersebut juga boleh digunakan untuk mengawal pencahayaan.

Pencahayaan ambien LumiGlow

Bercakap tentang pencahayaan, Allure 2 didatangi dengan lima tema pencahayaan iaitu:-

  • Sunrise: Cahaya keemasan seperti matahari terbit
  • Fireplace: Cahaya rona ambar menyerupai nyalaan api
  • Ocean: Alunan cahaya biru yang beralun.
  • Aurora: Jaluran cahaya yang berwarna-warni
  • Blossom: Gabungan merah jambu dan jingga lembut.
Image from: Harmon Kardon Allure 2 hadir dengan lampu ambien 360 darjah, harga RM1,099

Pencahayaan boleh dihidupkan atau dipadamkan dengan satu sentuhan, manakala dua sentuhan membolehkan pengguna menukar tema pencahayaan.

Aplikasi Harman Kardon One pula membolehkan pengguna melaraskan warna, kecerahan dan kelajuan animasi cahaya.

Apakah sistem audio yang dibawakan oleh Allure 2?

Allure 2 turut dilengkapi teknologi AI Sound Boost yang melaraskan output audio dalam masa nyata bagi memastikan bunyi bes kekal terkawal tanpa herotan. Ia juga menggunakan sistem penyampaian bunyi ke semua arah.

Dari segi sambungan, Allure 2 menyokong teknologi Auracast untuk menghubungkannya dengan pembesar suara Harman Kardon yang serasi. Pengguna juga boleh memadankan dua unit Allure 2 untuk menikmati audio stereo.

Untuk maklumat lanjut boleh tekan pautan INI.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved