HarmonyOS Next Akan Ditawarkan Bermula Minggu Ini Di China – Tidak Lagi Menyokong Aplikasi Android

TechnologyDigital
13 Oct 2024 • 2:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei akan mula menawarkan sistem operasi generasi baharu mereka, HarmonyOS Next bermula minggu ini, sekaligus membawa dimensi baharu untuk sistem operasi berkenaan, dan bebas sepenuhnya daripada Android. Sistem operasi HarmonyOS Next ini akan ditawarkan untuk pengguna Mate 60, Mate X5 dan juga tablet MatePad Pro 13.2 – di China terlebih dahulu.

image is not available

Pada tahun 2019 yang lepas, Huawei telah dikenakan halangan dagangan oleh Amerika Syarikat, sekaligus membuatkan mereka tidak boleh menggunakan Google Play Store. Langkah ini membawa kepada Huawei membangunkan sistem operasi tersendiri HarmonyOS, sebagai alternatif kepada Android. Pada fasa awal pengenalan, ia masih menyokong penggunaan APK atau aplikasi Android pada sistem operasi berkenaan.

Namun, bergerak ke hadapan, Huawei mengambil langkah ingin bebas sepenuhnya, dan kini menawarkan HarmonyOS Next yang tidak lagi menyokong aplikasi Android, dan memerlukan penggunaan aplikasi khusus untuk sistem operasi berkenaan. Di China, sejumlah syarikat telah bersedia dengan penawaran aplikasi mereka untuk HarmonyOS Next.

Dengan perkembangan ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Huawei akan mengambil langkah untuk turut menawarkan sistem operasi generasi baharu berkenaan untuk pasaran global. Sama-sama kita nantikan bagaimanakah sistem operasi ketiga ini akan terus menerajui pasaran selepas ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved