Nothing OS 3.0 Dengan Android 15 Akan Tiba Disember Ini, Beta Tersedia Untuk Phone (2a)

TechnologyDigital
10 Oct 2024 • 11:22 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bulan lepas, semasa Nothing Ear (open) dilancarkan – Nothing OS 3.0 turut diumumkan. Sistem operasi baharu ini akan menggunakan rekaan antaramuka serba baharu, sokongan widget yang lebih interaktif, serta integrasi AI generatif yang lebih mendalam. Baru-baru ini, versi beta dan tarikh versi stabil telah diumumkan.

image is not available

Khusus untuk Nothing Phone (2a), Nothing OS 3.90 dengan Android 15 ini sedia untuk diuji. Antara ciri baharu yang diperkenalkan adalah widget pada kunci skrin yang dinamik, sokongan widget yang boleh dikongsi serta membenarkan pengguna memberi reaksi emoji. Kemudian, talam kawalan tetapan kini menjadi mirip Control Center pada iOS 18 yang kelihatan lebih kemas. Paling mirip dengan iOS adalah talam aplikasi yang kini mirip App Library tetapi lebih pintar kerana dikuasakan oleh AI yang akan menyusun aplikasi mengikut kategori serta mencadangkan kepada pengguna berdasarkan penggunaan.

image is not available

Untuk Phone (2) versi beta akan tiba pada bulan November, kemudian untuk Phone (1), Phone (2a) Plus dan CMF Phone 1 pula adalah pada bulan Disember. Jika anda tidak berani menguji versi beta, Nothing OS 3.0 versi stabil akan tiba pada Disember ini untuk Phone (2) dan Phone (2a).